NDR2025: Kampus khusus SCIS isyarat jelas pemerintah serius sediakan pendidikan yang baik buat para asatizah: Dr Norshahril
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keputusan untuk membangunkan kampus khusus untuk Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) mencerminkan komitmen pemerintah untuk menyediakan pendidikan yang baik buat para asatizah.
Demikian pandangan Zamil Kanan ISEAS-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat tentang pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Lawrence Wong dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan 2025 mengenai SCIS.
"Dengan adanya infrastruktur ini, ia mungkin memberikan satu keredaan kepada masyarakat bahawa ia satu isyarat yang serius pemerintah untuk memastikan bahawa asatizah kita mendapat pendidikan yang baik dan selari dan setaraf dengan pendidikan universiti di peringkat nasional," kata Dr Norshahril.
"Ini menunjukkan bahawa untuk membina satu kolej itu memerlukan sumber yang banyak dan bagaimana kita perlu lebih pragmatik dan lebih strategik dalam kita membina satu kolej yang baru ini, jadi kita dapat berkongsi beberapa sumber-sumber khusus," tambah beliau.
Dr Norshahril sebelum ini pernah menghasilkan bersama buku kajian berkenaan aspirasi dan cabaran yang dihadapi para lulusan Pengajian Islam di Singapura pada 2021.
Jika diteliti perkembangan pendidikan agama di Singapura, ia mempunyai sejarah yang panjang bermula dengan Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang ditubuhkan pada 1927.
"Madrasah Aljunied ini menjadi satu madrasah yang melatih agamawan-agamawan di rantau ini tetapi kalau kita lihat kebelakangan ini, mungkin ia tidak memainkan peranan tersebut kerana ada banyak kolej-kolej yang memberikan perhatian dalam aspek tersebut di Timur Tengah dan juga di negara-negara jiran," ujarnya.
“Jika kita lihat perkembangannya sekarang ini, bagaimana kita nak sesuaikan pembelajaran agama supaya kekal relevan dalam cabaran-cabaran yang baru dan dinyatakan Perdana Menteri. Beberapa cabaran utama seperti AI dan sebagainya. Jadi, bagaimana kita mahu kekal relevan dalam hal ini. Justeru, kita mungkin boleh memikirkan aspek ini dan kekal relevan dalam aspek Singapura, mungkin dengan penubuhan SCIS,” tambah Dr Norshahril.

LOKASI SCIS BAWA BEBERAPA MANFAAT UNTUK PENUNTUT SCIS, SUSS
Menurutnya lagi, pemilihan lokasi SCIS iaitu bersebelahan dengan kampus SUSS di Rochor juga dapat menerbitkan satu peluang untuk golongan asatizah masa depan kekal relevan dalam industri pekerjaan.
"Saya fikir itu adalah matlamatnya walaupun ia tidak dinyatakan. Kalau kita lihat matlamat SUSS ini ialah untuk menghasilkan mahasiswa yang mungkin mahukan peluang kedua atau mereka yang sudah bekerja dan ingin meningkatkan kemahiran mereka. Kita lihat bahawa pengkhususannya itu adalah untuk pekerjaan dan untuk menambah baik dari segi keupayaan," ujar Dr Norshahril.
Bagi Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Dr Syed Harun pula, lokasi itu boleh membawa beberapa manfaat untuk para penuntut SCIS dan SUSS.
“Saya rasa ia sebuah peluang untuk kita dapat bertukar-tukar idea, memutik perbincangan antara siswazah-siswazah antara SCIS dan SUSS dan itu boleh membuahkan kebaikan dari segi apa yang dipelajari baik di SCIS dan juga di SUSS. Pengajian Islam dan Sains Sosial boleh berkait rapat dan membawa kajian ataupun diskusi yang lebih mendalam bagi siswazah-siswazah dalam institusi-institusi tersebut," kata Dr Syed Harun.
"Ini juga melambangkan sikap keharmonian, perpaduan masyarakat di Singapura terutama sekali di masyarakat minoriti Islam dan juga ia dapat membawa kepada kebaikan di mana perkembangan Islam di rantau ini dapat terus dilestarikan bersama," tambah beliau.
SCIS akan mula menerima kohort pertama seramai 60 pelajar pada 2028.
Menurut MUIS, pengajian SCIS akan dilaksanakan dahulu di kampus sementaranya di dalam bangunan yang sama dengan Masjid Bencoolen dan akan berpindah ke kampus di Rochor apabila siap kelak.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.