NDR2025: Kolej Pengajian Islam SG akan ada kampus sendiri di Rochor
Anggaran Waktu Membaca:
- Sebuah kampus akan dibangunkan khusus untuk Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS).
- Bangunan kampus SCIS akan menerapkan ciri-ciri seni bina Islam dan mempunyai kemudahan-kemudahan khusus untuk memenuhi keperluan para penuntut.
- SCIS akan mula menerima kohort pertama seramai 60 pelajar pada 2028.
- Meskipun kedua-dua SCIS dan SUSS akan mempunyai kampusnya tersendiri dengan identiti dan tujuan yang khusus, mereka akan berkongsi kemudahan dan ruang untuk menggalak interaksi antara pelajar dan mempertingkatkan sekitaran pembelajaran.
SINGAPURA: Sebuah kampus akan dibangunkan khusus untuk Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS).
Ia terletak di sebelah kampus Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang baharu di Rochor.
Ini diumumkan Perdana Menteri Lawrence Wong dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) yang disampaikannya pada Ahad (17 Ogos).
"Tahun lalu, saya umumkan bahawa kami akan menubuhkan Kolej Pengajian
Islam Singapura (SCIS). Sejak itu, MUIS bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi tempatan dan luar negara untuk membangunkan kurikulum yang baik," kata PM Wong.
"Malam ini, saya gembira untuk mengumumkan bahawa SCIS akan
mempunyai kampus tersendiri. Ia di sebelah kampus Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) di Rochor. SCIS dan SUSS akan mempunyai bangunan berbeza yang
mencerminkan matlamat serta identiti unik masing-masing. Pelajar SCIS boleh
mengambil kursus sains sosial SUSS sebagai sebahagian daripada pengajian mereka. Kedua-dua institusi juga dapat berkongsi kemudahan. Melalui pengalaman ini, para pelajar SCIS dan SUSS boleh berinteraksi dengan baik dan lebih mendalam. Ini juga akan memperkaya kehidupan kampus mereka," tambahnya.
KAMPUS SCIS ADA CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM
Bangunan kampus SCIS akan menerapkan ciri-ciri seni bina Islam dan mempunyai kemudahan-kemudahan khusus untuk memenuhi keperluan para penuntut.
SCIS akan mula menerima kohort pertama seramai 60 pelajar pada 2028.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura, pengajian SCIS akan dilaksanakan dahulu di kampus sementaranya di 51 Bencoolen Street iaitu dalam bangunan yang sama dengan Masjid Bencoolen.
Ini sehinggalah kampus di Rochor itu siap dibangunkan dan garis masa pembangunan projek itu akan diumumkan kelak.
Kampus SUSS di Rochor itu pula dijangka siap pertengahan 2030-an.

LOKASI SEBELAH SUSS GALAKKAN INTERAKSI PELAJAR
Meskipun kedua-dua SCIS dan SUSS akan mempunyai kampusnya tersendiri dengan identiti dan tujuan yang khusus, mereka akan berkongsi kemudahan dan ruang untuk menggalak interaksi antara pelajar dan mempertingkatkan sekitaran pembelajaran.
Interaksi antara pelajar dari pelbagai latar belakang boleh melahirkan asatizah yang dapat memimpin masyarakat Islam dalam konteks berbilang kaum dan agama di Singapura.
Ada juga para penuntut SCIS yang akan mengambil modul-modul sains kemasyarakatan di SUSS dalam tahun ketiga dan keempat mereka.
Ini bagi mereka yang dalam aliran pengajian Sains Kemasyarakatan.
Dalam tinjauan yang dilakukan MUIS pada Mac dan Mei tahun ini, 41.7 peratus pelajar didapati berminat dalam aliran pengajian Islam manakala lagi 28.6 peratus dalam aliran sains sosial.

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.