COVID-19 dorong bekas anak kapal SIA ceburi dunia perniagaan
Tarikh 23 Januari genap lima tahun sejak kes COVID-19 pertama kali dilaporkan di Singapura pada 2020.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tarikh 23 Januari genap lima tahun sejak kes COVID-19 pertama kali dilaporkan di Singapura pada 2020.
Akibat sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan, sektor penerbangan adalah yang paling teruk terjejas, memaksa ramai kakitangannya mencari pekerjaan lain.
Namun, beberapa bekas kru penerbangan yang ditemui wartawan Syawal Yusoff berjaya mengubah haluan kerjaya mereka dengan membangunkan perniagaan sendiri.
SHAIKH ALI REDHA BUKA KEDAI TEH SEMASA PANDEMIK
Antaranya ialah pengasas kedai minuman 'Tarik', Encik Shaikh Ali Redha, 41 tahun, yang merupakan bekas pramugara Singapore Airlines (SIA).
Kedai yang terkenal dengan teh berperisa safron itu, menjadi destinasi wajib bagi warga tempatan dan pelancong di Arab Street sejak ia dibuka empat tahun lalu.
Setelah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19, Encik Ali mengambil langkah berani membuka kedai itu demi mengejar minat berniaga dan meneruskan legasi keluarga.
"Bapa saya pernah membuka kedai di Arab Street, jadi ini lebih kepada tradisi keluarga. Saya hanya ingin meneruskan tradisi memiliki kedai di Arab Street. Apabila peluang itu muncul dan saya melihat iklan (ruang kedai), walaupun dalam situasi COVID, saya ambil risiko dan 'terjun botol'. Alhamdulillah," kata Encik Ali kepada wartawan Syawal Yusoff.

Kedai Encik Ali itu turut menawarkan pelbagai jenis teh panas dan sejuk dengan perisa seperti pandan dan halia.
Popularitinya telah menarik perhatian personaliti terkenal, termasuk para pemain bola sepak Tottenham Hotspurs dan penyanyi Ed Sheeran.
Sokongan orang ramai mendorong pembukaan cawangan kedua di 16 Bali Lane lebih setahun lalu, sebagai usaha untuk memperluas pilihan minuman yang ditawarkan.
"Kami sajikan kopi istimewa dan teh kami menggunakan teh hitam. Kami ada teh bunga raya, teh mawar, teh lavender, yang diimport dari seluruh dunia," ujarnya.

RANCANG KEMBANGKAN JENAMA 'TARIK' DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Encik Ali merancang untuk mengembangkan jenamanya di peringkat antarabangsa, termasuk di Asia Tenggara dan Timur Tengah.
Ia antara usahanya untuk meningkatkan lagi martabat teh tempatan di mata dunia.
"Sebab orang Singapura dapat menghargai dan suka akan teh saya. Jadi mengapa tidak, mungkin orang-orang di luar negara boleh menghargai teh saya juga," kongsinya.
Jiwa Encik Ali dalam dunia perniagaan sudah mengalir dalam dirinya sejak dahulu lagi.
Beliau sering membantu dalam perniagaan nasi beriani keluarganya di bazar Ramadan setiap tahun.
"Biasanya semasa saya terbang, saya akan mengambil cuti selama sebulan dalam bulan Ramadan. Saya akan kumpulkan hari cuti saya dan akan mengambil gerai di bazar di Arab Street sepanjang 15 tahun lalu (sebelum 2020). Setiap tahun saya akan ambil. Jadi dari situ saya dapat minat untuk hendak berniaga dan saya rasa inilah yang saya hendak buat," jelas Encik Ali, anak kedua daripada lima beradik.

Bahkan, tiga beradiknya yang lain mempunyai perniagaan mereka tersendiri dalam bidang agensi pelancongan 'Zaky Alwie Travel Services', kedai cermin mata 'House of Spectacles' dan perniagaan makanan 'Choti Poori'.
"Bagi kami apabila kami duduk di meja makan, ibu dan ayah kami akan berbual tentang perniagaan. Jadi dari kecil kami sudah berminat untuk berniaga. Untuk berkolaborasi bersama adik beradik lain mungkin tidak, tapi kami selalu membantu satu sama lain. Kami akan berkongsi idea perniagaan kami," katanya.

Meskipun kini sibuk mengembangkan perniagaannya, Encik Ali tidak dapat menafikan masih rindukan tugas sebagai pramugara.
Menurutnya tarikh 17 Mac 2020 sukar dilupakan kerana itulah penerbangan terakhirnya sebagai pramugara SIA sebelum terpaksa melakukan kerja-kerja lain seperti penghantar dan akhirnya membuka kedai.
"Saya sentiasa terbuka jika ada peluang untuk saya kembali untuk terbang. Ia sesuatu yang saya betul-betul saya nikmati dulu. Sudah 16 tahun terbang, jadi ia sesuatu yang sebenarnya saya rindukan," ujarnya.

DARIPADA HBB KEPADA PEMILIK BAKERI HALAL
Pasangan suami isteri Encik Philip Yap. 41 tahun dan Cik Kittiya Ratanajirasas, 39 tahun turut mengalami nasib yang serupa apabila diberhentikan kerja semasa pandemik.
Kedua-duanya pernah bekerja sebagai anak kapal di SIA namun terpaksa mencari pekerjaan lain - Encik Yap bertugas sebagai Duta Jarak Selamat manakala isterinya bekerja di Hospital Ren Ci.
Pasangan itu memulakan hobi baharu membuat kek 'crepe' menggunakan resipi milik Cik Kittiya yang berasal dari Thailand.
Daripada sekadar suka-suka, hobi itu akhirnya menjadi sumber mata pencarian baharu buat mereka.
"Kami mula membuat kek bersama-sama. Dari situ, ia mencetuskan minat kami untuk cuba pergi ke dalam talian dan menjual dan kemudian, memulakan 'Two Bake Boys'," kata Encik Yap yang pernah berkhidmat selama 12 tahun dengan SIA.

Jenama mereka itu dilahirkan pada 1 Julai 2020.
Lebih istimewa lagi, jenama itu juga bersempena dua cahaya mata mereka yang kini berusia 7 dan 8 tahun.
Daripada sebuah perniagaan dari rumah (HBB), sambutan menggalakkan membolehkan mereka kini mempunyai sebuah kedai fizikal di Shaw Plaza di Balestier.
"Ia sangat menakutkan, kerana kami bukan dari latar belakang perniagaan. Kami tidak ada perniagaan keluarga. Tiada orang yang dapat membimbing kami. Kami pada dasarnya belajar daripada kesilapan kami, belajar daripada pelanggan kami," ujar Encik Yap.

Antara keutamaan pasangan ini apabila membuka perniagaan mereka ialah memastikan ianya bersifat inklusif.
Justeru, mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan pensijilan Halal
"Salah satu perkara yang kami usahakan adalah untuk mendapatkan sijil Halal. Kami mahu semua orang menikmati produk kami. Prosesnya panjang namun kami gembira untuk menjadi inklusif. Apabila kami mendapat sijil Halal itu, kami bersorak gembira!" kongsi Encik Yap.
Isterinya, Cik Kittiya menambah: "Sejak awal kami mulakan, kami tidak menggunakan sebarang perisa yang mengandungi alkohol atau produk haiwan. Kami membuatnya semuanya mesra-Halal."
LUASKAN PERNIAGAAN MELALUI TIKTOK
Selain laman web, pasangan itu menerima banyak pesanan menerusi wadah media sosial.
Menyedari potensi besar dalam pasaran dalam talian, pasangan itu mula mengembangkan perniagaan mereka melalui TikTok LIVE sejak Oktober 2024.
Setiap hari, dari 7.30 pagi hingga 11.30 pagi, mereka aktif menjual produk di platform tersebut dan mampu menerima sehingga 50 pesanan sehari!
Oleh itu, mereka berazam untuk lebih memanfaatkan lagi platform tersebut untuk meluaskan jenama mereka.
"Dahulu kami lancarkan produk baru di laman web kami, tetapi sekarang kami melancarkannya di TikTok terlebih dahulu. Memandang ke hadapan kami akan terus memperbaiki perkhidmatan kami. Jadi kami ingin menjadi bakeri Halal pertama yang menawarkan penghantaran pada hari yang sama," kata Encik Yap.

Kedai tersebut yang mengamalkan aspek 'made-to-order' atau hanya menyiapkan tempahan sebaik sahaja pesanan diterima agar para pelanggan akan sentiasa mendapat produk yang segar.
Two Bake Boys kini merancang untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan menjual di platform lain seperti Shopee LIVE dan membuka studio membuat kek dan roti.
Walaupun laluan hidup mereka berubah akibat pandemik, pengalaman bekerja di awan biru kekal sebagai kenangan manis.
"Sudah tentu saya rindu untuk terbang. Tapi sekarang saya seorang usahawan, ibu dua anak dan juga mempunyai kedai ini. Jadi untuk terbang hanyalah memori indah buat saya. Saya adalah salah seorang daripada beberapa gadis Thai pertama yang datang bekerja sebagai pramugari. Jadi, saya sangat bersyukur dan banyak belajar daripada SIA," ujar Cik Kittiya.

Encik Yap tidak lagi berminat untuk kembali bertugas sebagai seorang pramugara kerana mahu terus menyokong isterinya dalam perniagaan mereka.
"Sekiranya saya kembali terbang, saya mungkin sudah melebihi umur atau terlalu tua. Untuk kembali terbang, mungkin ada satu perubahan yang besar. Saya mungkin tidak dapat menerimanya.
"Oleh itu saya selalu beritahu orang, apa sahaja yang Kittiya tidak buat, saya buat. Jadi apa sahaja yang anda tidak nampak dia tidak lakukan, bermakna saya akan lakukannya," selorohnya.
Meskipun COVID-19 merupakan detik hitam, Encik Yap cuba melihatnya dari sudut yang lebih positif.
"Saya rasa COVID-19, mengubah kami menjadi lebih baik. Kami tidak pernah terfikir untuk memulakan perniagaan. Kami mungkin sangat selesa dalam gaya hidup kami. Tetapi mungkin COVID-19 sebenarnya mendorong kami untuk melakukan perkara yang kami tidak terfikir ia mungkin berlaku."

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.