Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

mudaSG: Usahawan muda Shaikh Ahmad Zaki mahu teroka pasaran wisata, jadi ejen pakej Haji dipercayai

Jangan ragu tentang kebolehan diri dan sentiasa berani 'tebarkan sayap'. Inilah pegangan hidup Shaikh Ahmad Zaki Shaik Alwie.
 

Anggaran Waktu Membaca:
mudaSG: Usahawan muda Shaikh Ahmad Zaki mahu teroka pasaran wisata, jadi ejen pakej Haji dipercayai

Shaikh Ahmad Zaki Shaikh Alwie (Gambar: Nurhelmy Hakim)

SINGAPURA: Jangan ragu tentang kebolehan diri dan sentiasa berani 'tebarkan sayap'.

Inilah pegangan hidup Shaikh Ahmad Zaki Shaik Alwie.

Pada usia usia 20 tahun, beliau sudah mengasaskan syarikat sendiri - Nareza Management Services, iaitu syarikat khidmat Islam sehenti yang menawarkan khidmat seperti ibadah korban dan pengurusan jenazah.

'

"Kami mula dengan ibadah korban, semah rumah, ia khusus kepada masyarakat Islam SG. Setiap kali kami lanjutkan ibadah korban, ada pengajaran seperti kita akan adakan seminar untuk mereka faham kenapa mereka laksanakan korban. Bukan sahaja melaksanakan tetapi mereka faham mengapa mereka lakukannya dan mereka akan lebih yakin," kata Encik Zaqy.

Berbekalkan semangat untuk terus menawarkan khidmat kepada masyarakat Islam setempat, beliau mengembangkan portfolio kerjayanya.

Beliau menubuhkan pula syarikat GSA Zaky Alwie Travel & Services tiga tahun lalu.

'

Khidmat utama yang ditawarkan syarikat itu adalah pakej-pakej umrah untuk para jemaah setempat.

DARAH USAHAWAN MENGALIR DALAM DIRI

Darah usahawan mengalir dalam dirinya.

Ia berputik sejak dari kecil lagi setelah melihat ibu bapanya berniaga.

Begitu juga adik-beradiknya yang membuka kedai optometri serta minuman.

'

"Ibu dan ayah saya bukan orang yang berikan apa yang kita inginkan. Apa yang kita inginkan, kita perlu kerja keras untuknya.Sejak dari sekolah rendah saya sudah mula untuk membantu masjid-masjid menjual kalendar. Sekarang, saya sedari ini adalah disiplin yang diterapkan ibu bapa," kongsi beliau.

Kesedaran itu mendorongnya untuk meraih pengalaman bekerja pada usia 16 tahun.

Sedang ramai rakan-rakan sebaya masih mahu lagi berseronok, Encik Zaki bekerja sambilan sebagai pegawai pengurusan umrah untuk jemaah Singapura.

'

(Gambar: Shaikh Ahmad Zaki Shaikh Alwie)

"Saya mula sebagai pegawai, angkat beg, cari bas, lakukan 'check in' di hotel. Saya mula dari[ada peringkat asas. Orang rasa "Boleh ke tidak budak ini buat?" Mereka panggil saya budak. Tetapi saya mengambil itu sebagai satu perkara yang kita boleh melangkah lebih jauh."

"Tetapi dengan cara yang kita sudah pelajari, mereka lihat saya sebagai seorang pemimpin juga. Jemaah lebih tua suka pegawai muda sebab kami ada tenaga," kata beliau lagi.

Beliau pernah bekerja bersama Hagel Travel & Tours.

'
(Gambar: Shaikh Ahmad Zaki Shaikh Alwie)


Pengarah syarikat Encik Syed Agil S Hamid Alkaff berkata syarikatnya mengalu-alukan anak-anak muda yang berminat dalam bidang pengurusan jemaah umrah.

"Mereka masih muda, mereka tunjukkan minat kerana ada seni dalam bidang ini seperti bacaan. Itu yang membuat mereka ingin ke hadapan," kata beliau.

Tambanhnya, kehadiran para pemain baharu dalam perniagaan wisata dan umrah dialu-alukan.

'

Encik Syed Agil berkata: "Kita terima dengan hati terbuka, meskipun ada ramai di pasaran. Yang kami nampak, mereka banyak melakukan perkara-perkara baharu, Tiba masanya anak-anak muda yang berminat dalam bidang ini diasah untuk masuk ke bidang ini."

Menurut Encik Zaki, beliau banyak belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman.

"Walaupun baru setahun dua bertapak - kalau baru lahir seakan-akan baharu belajar jalan. Kami da golongan perintis yang memberi sokongan dan nasihat. Saya sendiri pergi kepada mereka yang sudah lama dalam industri, mereka berikan nasihat dan saranan. Sebagai pemimpin, satu hari saya perlukan, Anak-anak muda tahu apa yang kita lalui," kata beliau.

BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN DAN PERKEMBANGAN DIRI DAN SYARIKAT

Strategi syarikatnya untuk menawarkan panduan komprehensif dan pakej pelancongan yang memenuhi kedua-dua keperluan rohani dan praktikal pelanggan turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pada tahun lalu, beliau menerima Anugerah Usahawan Terbilang Islam 2023.

''
(Gambar: Muslim Insiders)


Syarikatnya kini semakin berkembang.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, syarikatnya sudah membawa lebih 200 jemaah menunaikan umrah.

Ini ternyata satu pencapaian yang memberangsangkan.

"Bila kami mulakan pertama kali, susah untuk kami memberi keyakinan dengan orang-orang. Pada awalnya, setiap bulan kita ingin tawarkan pakej umrah, tetapi kadangkala ada dua orang saja, atau empat orang saja."

KEJAYAAN TIDAK DAPAT DIKECAPI TANPA SOKONGAN ISTERI

Di sebalik kejayaan ini, adalah sokongan dan dorongan isterinya.

Isterinya, Sayeedah Nafisah Rahman Shah, 26 tahun berkata: "Saya tertarik dengan sifat matangnya. Beliau juga berani ambil risiko. Beliau sudah ada matlamat yang besar, apa yang ingin dilakukan lima tahun daripada waktu itu. Kalau ada lelaki yang berwawasan seperti itu, saya harus berikan sokongan sepenuhnya."

'

Encik Zaki yang sentiasa berpandangan jauh sudah menetapkan hala tuju selanjutnya bagi mengembangkan syarikatnya.

Dalam masa dua tahun akan datang, beliau bercadang untuk meluaskan khidmat wisata ke negara-negara Islam selain menjadi antara antara ejen-ejen penjualan pakej haji.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan