KOMENTAR: Mencegah penipuan online dan melindungi pengguna daripada ancaman perisian hasad
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
BERITAmediacorp: Penipuan melalui telefon baru-baru ini di mana rakyat Singapura kehilangan lebih $221,000 daripada akaun CPF atau bank mereka sekali lagi meletakkan isu keselamatan siber peribadi atau pengguna dalam perhatian ramai.
Kita akur bahawa telefon bijak ada di mana-mana saja dan ia kini merupakan sebahagian penting dalam kehidupan digital - sama ada ia lebih baik atau lebih teruk, kita harus menerima hakikat ini.
Oleh itu, menjadi kewajipan semua pengguna untuk memahami sepenuhnya risiko dan mengambil langkah berjaga-jaga yang proaktif.
Kita mesti faham bahawa proses ini akan sentiasa berubah seperti dunia digital. Maka itu, tahap kematangan dan kesedaran digital sangat penting. Malangnya, generasi yang lebih tua adalah yang lebih mudah terdedah kepada ancaman siber dan bahaya penipuan sedemikian.

Lantaran itu, semua syarikat dan pertubuhan-pertubuhan yang menawarkan
perkhidmatan digital juga mesti memainkan peranan mereka dalam melindungi pengguna - baik Pemerintah dan agensi-agensinya mahupun sektor swasta.
Para penipu dan penggodam akan menggunakan pelbagai taktik, termasuk perisian hasad untuk mengeksploitasi
pengguna, yang khususnya akan mengambil kesempatan daripada kelemahan-kelemahan manusia iaitu Ketakutan, Ketidakpastian, Keraguan, Kejahilan & Sikap Tamak untuk memperdayakan para mangsa mereka.
Dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang berkesan, para pengguna boleh melindungi diri mereka dan maklumat peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pelaku yang berniat jahat.
Kesedaran & Pendidikan Awam Sangat Penting
Pendidikan Awam memainkan peranan yang sangat penting dalam
mencegah penipuan online. Dengan meningkatkan kesedaran tentang pelbagai jenis penipuan, para individu boleh menjadi lebih berhati-hati dan arif dalam aktiviti online mereka.
Agensi-agensi pemerintah, institusi-institusi pendidikan dan pertubuhan-pertubuhan harus bekerjasama untuk membangunkan program pendidikan keselamatan siber yang menyeluruh bagi mengajar individu tentang penipuan online, taktik memancing data dan amalan-amalan terbaik bagi keselamatan siber.
Selain itu, kemas kini dan peringatan secara kerap mengenai ancaman-ancaman yang baru muncul boleh membantu para pengguna terus kekal berwaspada.

Memahami Penipuan Online dan Ancaman Perisian Hasad
Penipuan melalui panggilan telefon atau secara online merangkumi pelbagai amalan menipu di mana penipu cuba memperdayakan mangsa supaya mendedahkan maklumat sensitif atau memeras wang melalui panggilan telefon atau kiriman mesej.
Suntikan perisian hasad pula melibatkan pemasangan perisian hasad tanpa kebenaran pada telefon bijak bagi membolehkan si penipu untuk mendapat akses kepada data peribadi, maklumat kewangan dan kawalan ke atas peranti digital mangsa.
Inilah yang berlaku dalam penipuan CPF di mana pengguna memuat turun sumber yang tidak disahkan atau tidak diketahui apabila diumpan dengan diskaun atau panggilan yang menawarkan manfaat kewangan.
Kesan Penipuan Online dan Perisian Hasad Pada Pengguna
Penipuan melalui panggilan telefon atau secara online boleh mengakibatkan kerugian kewangan yang besar pada mangsa, dengan penipu mengeksploitasi maklumat peribadi untuk menjalankan aktiviti penipuan.

Perisian hasad boleh membawa kepada pencurian identiti, di mana penipu mencuri data peribadi mangsa, seperti nombor kad pengenalan dan butiran kad kredit, dan menggunakannya untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
Menjadi mangsa kepada penipuan online boleh membawa kepada tekanan emosi sehingga menyebabkan mangsa berasa dicabuli, terdedah dan dikhianati.

Langkah Proaktif Untuk Mencegah Penipuan Online
Para pengguna harus memasang perisian antivirus dan keselamatan yang diyakini pada telefon bijak dan peranti digital mereka untuk mengesan dan mencegah ancaman perisian hasad.
Berhati-hati apabila menerima panggilan yang tidak diminta, kiriman mesej atau
emel yang mencurigakan. Berwaspadalah semasa memberikan maklumat peribadi atau butiran kewangan kepada pihak-pihak yang tidak diketahui.
Gunakan aplikasi atau khidmat pengenalan pemanggil untuk mengesahkan identiti pemanggil sebelum memberikan sebarang maklumat sensitif.
Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini dan trend perisian hasad melalui sumber-sumber yang diyakini.
Fahami taktik penipuan dan pelajari cara mengenal pasti dan mencegahnya.
Langkah Pencegahan Tambahan: Pastikan Sofwe Anda Sentiasa Dikemas Kini
Pastikan anda mengemas kini sistem pengendalian dan aplikasi telefon bimbit anda secara kerap untuk mendapat manfaat daripada ciri-ciri keselamatan terkini dan pembetulan pepijat.
Laksanakan Pengesahan Data Tahap Kedua (2FA) kerana ia menawarkan lapisan keselamatan tambahan.
Sebagai pengguna, kita harus mencipta dan menggunakan kata laluan yang kukuh dan unik untuk telefon bijak dan semua akaun online kita.
Elak menggunakan kata laluan yang mudah diteka dan menimbangkan untuk menggunakan alat pengurusan kata laluan untuk meningkatkan tahap keselamatan.

Berhati-hati apabila menggunakan rangkaian Wi-Fi awam kerana ia boleh terdedah kepada ancaman penggodam. Gunakan rangkaian VPN yang diyakini dan selamat.
Disebabkan oleh penipuan yang berlaku baru-baru ini, Pemerintah telah memperkenalkan kaedah
Biometrik seperti Pengecaman Muka untuk memastikan keselamatan yang lebih kukuh dan mencegah pencurian identiti.
Sekalipun 'menyusahkan', langkah ini akan melindungi pengguna - sekurang-kurangnya buat masa ini.
Mencegah penipuan online, terutama sekali yang melibatkan perisian hasad adalah penting untuk melindungi pengguna dalam era digital.
Dengan memahami taktik dan teknik yang digunakan oleh penipu dan penggodam, mengambil langkah proaktif seperti ini akan memastikan para individu boleh mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan sedemikian.
Adalah penting bagi pengguna untuk mengutamakan keselamatan peribadi mereka, melindungi telefon bijak mereka dengan sofwe keselamatan yang diyakini dan berhati-hati apabila berkomunikasi dengan yang pihak-pihak yang tidak diketahui atau mencurigakan.
Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan ini, kita boleh mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat.

MENGENAI PENULIS:
Wahab Yusoff adalah seorang pakar keselamatan siber yang menyandang jawatan Naib Presiden Asia Pasifik dan Jepun di Delinea, sebuah firma yang menawarkan khidmat runding cara dalam bidang keselamatan siber, kandungan perniagaan telko dan pengurusan pengetahuan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.