Ciri baru pengesahan wajah Singpass untuk daftar masuk CPF diperkenalkan; bantu lindungi daripada penipuan perisian hasad
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock
SINGAPURA: Para anggota Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang ingin mendaftar masuk ke akaun mereka menggunakan Singpass, kini dikehendaki melalui satu lagi langkah, iaitu pengesahan wajah.
Langkah pencegahan tambahan tersebut disertakan di tengah-tengah kenaikan dalam jumlah kes penipuan perisian hasad yang melibatkan simpanan CPF.
Demikian menurut nasihat bersama yang dikeluarkan lembaga CPF, GovTech dan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (29 Jun).
Lebih 700 kes penipuan melibatkan perisian hasad (malware) dilaporkan pada separuh pertama tahun ini.
Para mangsa kehilangan hampir S$8 juta termasuk $124,000 yang lesap daripada simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dalam lapan kes melibatkan perisian hasad.

Siasatan masih dijalankan ke atas kes-kes penipuan terbabit.
Dalam kes penipuan perisian hasad sedemikian, mangsa biasanya menggunakan telefon bimbit jenis Android mereka untuk mengakses iklan di Facebook atau laman media sosial lain, yang menjual barangan pada potongan harga yang tinggi. Mereka akan menerima pautan untuk memuat turun fail 'Android Package Kit' (APK) atau 'Kit Pakej Android' untuk membeli barang dapur dan membuat bayaran.
APK merujuk kepada aplikasi yang dicipta bagi sistem operasi Android.
Perisian hasad akan disertakan dalam telefon bimbit mereka, sejurus mereka memuat turun APK itu.
Si mangsa kemudian diperdayakan menerusi panggilan telefon bimbit atau pesanan mesej untuk menghidupkan khidmat mengakses telefon bimbit Android mereka. Dengan melakukan demikian, ia secara tidak langsung akan melemahkan tahap keselamatan telefon bimbit tersebut dan membenarkan penipu untuk mengawal sepenuhnya telefon bimbit tersebut.
Ia membolehkan si penipu melakukan beberapa perkara ke atas peranti tersebut. Antaranya termasuk mengakses aplikasi perbankan mangsa dari jauh, menambah akaun bank keldai wang sebagai salah satu penerima akaun bank tersebut dan meningkatkan had pembayaran. Mereka malah, mampu menghapuskan pemberitahuan melalui SMS dan emel mengenai pemindahan bank tersebut agar tindakan mereka yang mencurigakan itu, tidak dapat dijejaki.
Selain itu, si penipu juga boleh mendaftar masuk ke dalam akaun CPF mangsa menerusi Singpass untuk mengeluarkan wang. Meskipun pengeluaran wang CPF hanya boleh dilakukan kepada akaun bank yang disahkan dimiliki anggota CPF tersebut, pemindahan wang daripada akaun bank itu boleh dijalankan dengan butiran perbankan yang diambil daripada telefon bimbit mangsa.
Dalam pada itu, orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan berikut:
1) Hanya memuat turun aplikasi daripada 'app store' rasmi bagi mengelakkan perisian hasad disertakan dalam peranti, terutama sekali bagi pengguna Android
2) Mengamalkan sikap berjaga-jaga ketika ingin menghidupkan khidmat mengakses telefon, memandangkan ia boleh melemahkan tahap keselamatan telefon bimbit anda sekiranya anda melakukan demikian
3) Selalu mengemas kini telefon bimbit dengan ciri keselamatan yang terbaru
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melungsuri www.scamalert.sg atau menghubungi Talian Antipenipuan di 1800-722-6688.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.