9 ditangkap termasuk remaja 16 tahun dalam penipuan perisian hasad lebih S$221,000
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pasukan Polis Singapura
SINGAPURA: Seorang suspek berusia 16 tahun adalah antara sembilan orang yang diberkas atas penglibatan mereka dalam penipuan melibatkan perisian hasad (malware) yang menyasarkan pengguna telefon bimbit Android.
Mangsa kehilangan lebih S$221,000 termasuk lebih S$114,000 simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka sejak Mei lalu.
Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (24 Jun).
Perisian hasad digunakan untuk 'menyerang' sistem telefon bimbit mangsa, yang menyebabkan urus niaga tanpa kebenaran dibuat dari akaun bank mangsa meskipun mereka tidak mendedahkan butiran akaun perbankan internet mereka, kata kunci sekali (OTP) atau kod laluan Singpass kepada sesiapa.
Dalam sebilangan kes pula, simpanan CPF dikeluarkan dan dimasukkan ke akaun bank mangsa sebelum ia dipindahkan.
Menurut polis, mangsa menghubungi perniagaan menerusi iklan di wadah media sosial seperti Facebook, dan diarahkan oleh penipu untuk memuat turun aplikasi telefon dari laman pihak ketiga atau menerusi WhatsApp, sekali gus menyebabkan perisian hasad pancingan data disertakan dalam telefon bimbit mereka.
"Tanpa disedari mangsa, aplikasi telefon bimbit tersebut, yang mengandungi perisian hasad, membolehkan penipu mengakses peranti mangsa dari jauh dan mencuri kata laluan perbankan internet, OTP, kod laluan Singpass serta maklumat peribadi lain yang ditemui dalam peranti tersebut," kata polis.
"Dengan kod laluan yang dicuri, penipu mendapat akses secara haram ke akaun CPF mangsa dengan memasukkan butiran Singpass mangsa serta akaun bank mereka."
Suspek, berusia 16 hingga 28 tahun, itu diberkas dalam satu operasi yang dijalankan di merata Singapura selama lima hari, berakhir pada 23 Jun.
Tujuh daripada mereka didakwa memudahkan penipuan dibuat dengan memberikan akaun bank mereka, butiran kata laluan perbankan internet atau kod laluan Singpass bagi tujuan mendapatkan ganjaran kewangan.
Dua suspek dipercayai mengeluarkan wang daripada beberapa akaun bank keldai wang dan menyerahkan wang tersebut kepada mereka yang tidak dikenali, kata polis.
Tiga lagi individu sedang membantu dalam siasatan polis.
Sebuah telefon bimbit dan beberapa kad bank dirampas polis. Sekitar 20 akaun bank dibekukan dengan jumlah lebih S$54,000 dirampas.
Siasatan polis masih dijalankan.
"Polis ingin mengingatkan orang ramai supaya jangan klik pautan yang mencurigakan, mengimbas kod QR yang tidak dikenali, atau memuat turun aplikasi telefon daripada laman pihak ketiga atau sumber yang tidak diketahui," menurut SPF.
"Aplikasi yang tidak disahkan ini mungkin mengandungi perisian hasad, yang boleh menjejas keselamatan telefon bimbit tersebut dengan teruk."
Polis menambah bahawa orang ramai hanya harus memuat turun aplikasi daripada 'app store' rasmi, dan menyemak jumlah aplikasi tersebut dimuat turun serta ulasan pengguna.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kes penipuan boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menyerahkannya secara online.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.