Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Didie Alias sayu perkahwinan anak lelaki tanpa bekas suami Ridzuan Hashim

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Didie Alias sayu perkahwinan anak lelaki tanpa bekas suami Ridzuan Hashim

Gambar: @ladydidiemsia/Instagram

KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada selebriti serba boleh, Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu (20 Mei).

Lebih sayu, perkahwinan anak lelaki sulung Didie tidak ‘ditemani’ bapa Dhanial iaitu Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei lalu.
 
Menerusi laman Instagram miliknya, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd, 51 tahun, mendoakan agar anaknya itu kuat menjelang hari bahagia pada Sabtu.

“Menghitung hari, mommy dan daddy doakan semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar untuk Abang.

“Mommy tahu Abang kuat. Mommy akan sentiasa berada di sisi Abang tak kira apa pun yang berlaku.

“Ya Allah ya Tuhanku, kau berilah kekuatan buat anakandaku Muhammad Dhanial untuk hari bahagia yang akan diraikan. Amin ya rabbal al amin,” tulis Didie dalam catatan di Instagramnya, lapor Media Hiburan.

Didie juga turut memuat naik video memperlihatkan kesemua rombongan anak-anaknya serta saudara-mara di lapangan terbang menanti untuk berlepas ke Tawau, Sabah untuk majlis pernikahan dan persandingan Dhanial.

“Doakan perjalanan kami,” tulis Didie, seperti dipetik Media Hiburan.
Allahyarham Ridzuan meninggal dunia pada 4 Mei lalu akibat serangan jantung ketika sedang menikmati sarapan bersama Dhanial yang menetap dengan bapanya.

Didie dan Allahyarham mendirikan rumah tangga pada 1991 namun bercerai pada 2002.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, 30 tahun, Muhammad Dhanial, 29 tahun, Nur Dinie, 27 tahun, Nur Dayini, 25 tahun, dan Nur Diyana, 24 tahun.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan