Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Didie Alias syukur dapat urus pengembumian bekas suami Ridzuan Hashim

Anggaran Waktu Membaca:
HULU LANGAT: Pelakon Didie Alias beryukur dapat bersama-sama menguruskan serta mengiringi perjalanan akhir bekas suaminya, Ridzuan Hashim yang meninggal dunia pada Khamis (4 Mei).

Kata Didie kepada Astro Gempak, ia mengambil itu sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan ikhlas tanpa ada rasa dendam.

"Saya rasa ini tanggungjawab saya, walaupun arwah hanya bekas suami saya tapi dia adalah ayah kepada anak-anak saya.


"Syukur saya dapat selesaikan perjalanan terakhirnya. Ia diatur dengan sangat baik dari nafas terakhirnya siang tadi sehingga ke liang lahad.

"Ini semua aturan Allah, saya secara ikhlas sudah reda dengan pemergiannya, malah sudah lama memaafkannya serta menghalalkan makan minumnya," katanya kepada Astro Gempak.

Didie ditemui Astro Gempak selepas selesai menjalankan pengebumian Ridzuan Hashim di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada Khamis (4 Mei).

Dalam masa yang sama, Didie tidak menafikan bahawa dia sendiri masih terkejut dengan pemergian Allahyarham Ridzuan kerana baru sahaja berjumpa selepas menghantarkan makanan pada malam sebelumnya, sebelum hari kematiannya.

"Beliau pergi tanpa memberi apa-apa petunjuk kepada kami. Saya juga masih terkejut dengan pemergiannya kerana baru sahaja malam sebelumnya kami berjumpa kerana saya datang ke rumahnya untuk menghantar rendang yang saya masak.

"Saya akan masak lebih di rumah dan sering juga hantar makanan untuknya dan anak kami Dhanial yang tinggal bersamanya.

"Beliau suka masakan saya katanya 'rendang mommy sedap, memang champion'.

"Apa-apa pun kita semua akan mati, dia seorang yang tidak suka nak susahkan orang lain dan Alhamdulilah beliau pergi dengan cara yang baik," kongsinya lagi.

Terdahulu, Ridzuan, 62 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas disyaki terkena serangan jantung pagi Khamis (4 Mei).

Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan Didie Alias sendiri menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang semalam (4 Mei).

Ridzuan berkahwin dengan Didie pada 1991 dan dikurniakan lima cahaya mata, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan