Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Seluar jeans yang mana satu sesuai dengan anda? Ini panduannya...

Tidak semua jeans sesuai bagi potongan tubuh anda. Lantaran itu, penting untuk mengelak daripada memilih atau memakai seluar jeans sebarangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Seluar jeans yang mana satu sesuai dengan anda? Ini panduannya...

Gambar hiasan. (Gambar-gambar: Pexel/Unsplash)

SINGAPURA: Gaya seluar jeans memang tidak lapuk dek zaman.

Hampir setiap orang pasti mempunyai sekurang-kurangnya sehelai seluar jeans dalam almari mereka. Versatil serta mudah digayakan bersama blaus, kemeja-T, kemeja dan juga kasut, sandal, tumit tinggi, but atau sneaker.

Seluar jeans direka dengan rona, potongan dan jahitan tepi yang pelbagai.

Bila ternampak orang lain menggayakan potongan jeans yang cantik, mungkin terdetik di hati untuk memiliki dan bergaya dengan jeans yang sama. Tetapi, bila anda menyarungkan jeans itu, lain pula penampilan di depan cermin. Mengapa?

Ini kerana, tidak semua jeans sesuai bagi potongan tubuh anda. Lantaran itu, penting untuk mengelak daripada memilih atau memakai seluar jeans sebarangan.

Sebelum membuat pilihan jeans penting untuk fahami terlebih dahulu bentuk tubuh anda. Tidak semua potongan jeans yang dapat memberi keselesaan.

Wanita terutamanya mempunyai potongan tubuh yang berbeza-beza - gempal, tinggi besar, kecil molek, kaki yang lampai atau pendek, peha lebar, berbentuk seperti epal, hourglass atau jam pasir, segi empat dan sebagainya.

Maka itu, memilih potongan jeans yang menepati bentuk tubuh merupakan sesuatu yang harus diambil kira apabila ingin membeli jeans kerana ia dapat memberi keselesaan dan gaya yang lebih sempurna.

Tidak kira apa saja bentuk tubuh, yang pasti terdapat seluar jeans yang direka sesuai untuk diri anda. Bagi yang masih kurang pasti, kami tampilkan 15 potongan jeans yang popular.

Sekurang-kurangnya satu daripadanya pasti sesuai untuk anda!

JEANS 'LOW-RISE'

Potongan bahagian pinggang bagi jeans jenis 'low-rise' sangat rendah. Ini sesuai digayakan oleh wanita yang berbadan langsing atau kurus.

Bagi yang ingin bergaya dengan jeans ini, pastikan pinggang jeans tidak terletak lebih rendah daripada tulang pinggul.

Jeans 'low rise'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'STRAIGHT-LEG'

Siapa kata wanita pendek tidak nampak cantik bila pakai jeans.

Bagi yang tidak mempunyai ketinggian seperti seorang model, potongan jeans ini tepat untuk anda. Ini kerana ia dapat membantu membuat kaki nampak lebih kurus dan panjang.

Jeans 'straight leg'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'BOOT CUT'

Jeans potongan ini menepati semua jenis bentuk badan.

Seperti potongan straight leg, jeans boot cut mampu menyerlahkan penampilan dan membuat anda tampil lebih tinggi dan langsing. Inilah antara potongan jeans yang patut dimiliki lebih dari satu helai!

Jeans 'boot cut'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'TAPERED'

Jika dibandingkan dengan potongan boot cut, jeans tapered tampil lebih tirus pada bahagian bawah berhampiran buku lali. Namun, ia direka lebih lebar pada bahagian atas.

Lantas, ia lebih sesuai bagi yang mempunyai kaki lebar dan besar.

Jeans 'tapered'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'SLIM FIT'

Hampir serupa dengan jeans 'skinny'. Namun bezanya, ia tidak terlalu sendat sehingga menampakkan bentuk kaki anda secara keterlaluan.

Jeans potongan ini 'ngam-ngam' membaluti bahagian peha dan punggung. Jika kaki anda lebih besar sedikit daripada kategori 'skinny', ia pasti akan membuat anda tampil lebih cantik bergaya.

Jeans 'slim fit'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'SKINNY'

Menepati nama potongannya, iaitu skinny jeans, ia disasarkan kepada wanita yang mempunyai kaki dan peha yang kurus dan halus.

Si pemakai akan kelihatan lebih menyerlah apabila menggayakan jeans ini dengan kasut bertumit tinggi.

Jeans 'skinny'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'CROPPED'

Jeans jenis 'cropped' panjangnya sampai ke paras buku lali.

Ia sesuai digayakan oleh individu yang bertubuh kecil atau comel. Seluar jeans potongan ini dapat memberikan keseimbangan pada bentuk tubuh, sekali gus membuat anda kelihatan lebih tinggi.

Ia juga membuat mata tertumpu kepada kasut yang digayakan disebabkan panjang jeans yang hanya setakat di buku lali.

Jeans 'cropped'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'TROUSERS CUT'

Siapa kata wanita yang bertubuh besar tidak cantik bila bergaya dengan seluar jeans?

Potongan trousers cut ini didapati yang paling sempurna dan sesuai untuk golongan yang mempunyai peha besar. Ia dapat memberi ilusi peha yang lebih kecil dan memberikan gaya yang sopan dan sempurna.

Jeans 'trouser'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'HIGH WAIST'

Jika anda mempunyai potongan tubuh yang lurus, potongan ini akan bantu membuat tubuh kelihatan lebih menarik dan sofistikated.

Cantik digayakan untuk ke mana saja. Ini membuatnya antara jeans yang paling versatil.

JEANS 'STONE WASH'

Rona jeans ini sering menjadi kegemaran dan pilihan bagi yang muda dan yang berjiwa muda.

Warnanya pudar pada bahagian punggung atau peha. Koleksi stone wash juga adakalanya direka dengan kesan koyak yang membuatnya kelihatan lebih ranggi.

Jeans 'stone wash'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'DISTRESSED'

Cool dan trendy! Ini satu lagi jeans jenis 'koyak-koyak'.

Kesan koyak pada seluar ini memberikan elemen santai kepada si pemakai - tidak kira bertubuh besar atau kecil.

Padankan dengan kemeja-T atau kemeja kegemaran. Sama ada digayakan dengan sandal, tumit tinggi atau sepatu, yang pasti anda tetap akan tampil stylo!

Jeans 'distressed'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'LOOSE FIT'

Potongannya lebih besar dari atas hingga ke bawah.

Ia memberikan keselesaan dan santai bila digayakan.

Jika anda inginkan seluar jeans yang dapat memberikan kebebasan semasa bergerak, inilah jeans yang paling tepat.

Jeans 'loose fit'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'LEGS'

Potongan seluar ini amat sesuai digayakan untuk wanita yang tidak mempunyai ketinggian seperti model.

Boleh digayakan pada siang atau malam hari. Kesannya, ia dapat membantu membuat kaki kelihatan lebih kurus dan panjang. Lebih cantik apabila dipadankan dengan tumit tinggi atau kasut baji atau 'wedge'.

Jeans 'leg'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'FLARE'

Ia direka ketat pada bahagian peha dan potongannya lurus dari lutut ke bawah.

Namun ia tidak terlalu lebar seperti potongan bootcut.

Sesuai bagi yang mempunyai kaki panjang dan lurus.

Jeans 'wide leg flare'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

JEANS 'MOM'

Selesa dan santai. Ia memberikan estetika kasual.

Padankan dengan apa saja, jaket atau kemeja. Oleh kerana potongan ini sangat versatil, ia sesuai untuk semua acara.

Ia merupakan alternatif yang tepat kepada seluar kasual yang biasa. Lengkapkan penampilan dengan sepasang tumit tinggi untuk kemasan kontemporari. 

Jeans 'mom'. (Gambar: Pexel/Unsplash)

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan