Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tips pastikan seluar jeans anda tidak mudah luntur dan kekal cantik

Boleh dikatakan semua orang, baik kanak-kanak kecil hinggalah dewasa, mempunyai sekurang-kurangnya sepasang seluar jeans.

Anggaran Waktu Membaca:
Tips pastikan seluar jeans anda tidak mudah luntur dan kekal cantik

(Gambar: Maude FrC)dC)rique Lavoie/Unsplash)

Diterbitkan : 23 Jun 2021 07:29PM Dikemas Kini : 23 Jun 2021 07:33PM

KUALA LUMPUR: Boleh dikatakan semua orang, baik kanak-kanak kecil hinggalah dewasa, mempunyai sekurang-kurangnya sepasang seluar jeans.

Ada yang murah dan ada pula yang mahal, mengikut jenama serta bahan yang diguna pakai.

Berikut adalah perkongsian dari Astro AWANI tentang cara khusus untuk mencuci dan menjaga seluar jeans anda dengan betul agar ia boleh bertahan lama selain kekal cantik.

1. Kekerapan kali mencuci

Seluar jeans atau denim sememangnya mudah luntur terutamanya apabila dicuci buat kali pertama. Cara paling sesuai adalah dengan mencuci seluar jeans anda setiap lima hingga 10 kali anda memakainya.

Sekalipun begitu, ramai penggemar jeans berpendapat seluar itu akan lebih cantik jika tidak dicuci untuk tempoh yang lama. Bahkan, ada yang sanggup mencuci sekali setahun hanya untuk mengekalkan warna dan ketahanan seluar itu.

2. Cuci guna tangan

Jika anda terlalu sayangkan seluar jeans anda, cara paling mengurangkan warna jeans anda daripada luntur adalah mencuci menggunakan tangan.

Rendam jeans dalam campuran air sejuk dan detergen. Kemudian, bilas dan jemur dengan segera. Tetapi ingat, kurangkan penggunaan detergen dan jangan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan jeans anda mudah luntur.

3. Guna mesin basuh

Kaedah terbaik mencuci jeans menggunakan mesin basuh adalah dengan menterbalikkan dahulu seluar itu sebelum anda memasukkannya ke dalam mesin.

Ia sedikit sebanyak boleh mengelakkan warna jeans luntur dengan teruk selain bahagian dalamnya dibersihkan dengan lebih baik.

4. Air sejuk dan cuka

Lama-kelamaan, seluar jeans akan luntur jua. Jika anda bimbang warnanya akan luntur apabila dicuci, anda boleh rendam jeans anda menggunakan campuran air sejuk dan cuka selama sejam. Cara ini boleh digunakan untuk menghalang warna jeans luntur dengan teruk.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan