Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tinjauan IPS dapati 90% belia yakini pemerintah

Sebanyak 90 peratus belia Singapura sedikit sebanyak meyakini pemerintah sementara 70 peratus percaya bahawa pemerintah mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi belia.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Jul 2022 07:02PM Dikemas Kini : 07 Jan 2023 09:17PM
SINGAPURA: Sebanyak 90 peratus belia Singapura sedikit sebanyak meyakini pemerintah sementara 70 peratus percaya bahawa pemerintah mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi belia.

Demikian menurut tinjauan ke atas 3,000 belia rakyat Singapura, yang dijalankan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) dan Majlis Belia Kebangsaan (NYC).

Hasil tinjauan itu juga mendapati pembangunan modal sosial dan kepercayaan belia adalah anak kunci kepada perpaduan di Singapura.

Untuk mencapainya, tinjauan itu mengesyorkan agar pemerintah lebih kerap berhubung dengan belia untuk merapatkan apa yang mungkin dianggap sebagai kekurangan pada dasar.

Ini termasuk isu-isu seperti keseimbangan antara kerjaya dengan kehidupan, isu perumahan dan sokongan bagi ibu bapa muda.

Hasil tinjauan itu dikongsi semasa sesi dialog Melakar Hala Tuju Singapura.

"Maklum balas anda sudahpun diambil kira dalam dasar-dasar dan perancangan agensi-agensi. Saya berharap anda akan terus berkongsi idea-idea itu. Sebahagian daripadanya sukar dilakukan, ada juga yang mungkin tidak dapat dilaksanakan tetapi kita akan berbincang, kita berbahas, kami akan menyokong anda. Kami akan memperkasakan anda untuk melakukan perubahan," kata Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Beliau Alvin Tan.
Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan