Pindaan AMLA perkukuh tadbir urus SCIS, tawar ijazah Pengajian Islam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Rosli Razak/BERITA Mediacorp)
AMLA amendment strengthens SCIS governance, offers Islamic Studies degree
- The AMLA amendment tabled by Zaqy Mohamad on Oct 6 makes MUIS officially responsible for the administration and oversight of SCIS.
- This move paves the way for the opening of Singapore’s first Islamic college in 2028, with applications expected to open in 2027.
- SCIS will be recognised as being able to award degrees, diplomas and religious certifications, including an Islamic Studies degree for the asatizah pathway.
- The Minister-in-charge of Muslim Affairs also oversees the administrative and financial aspects because SCIS is funded by the Government and the Muslim community.
- Pindaan AMLA yang dibentangkan Zaqy Mohamad pada 6 Okt menjadikan MUIS bertanggungjawab secara rasmi terhadap pentadbiran dan pengawasan SCIS.
- Langkah ini menyiapkan pembukaan kolej Islam pertama Singapura pada 2028, dengan permohonan dijangka dibuka pada 2027.
- SCIS akan diiktiraf boleh memberi ijazah, diploma dan pensijilan agama, termasuk ijazah Pengajian Islam untuk laluan asatizah.
- Menteri Ehwal Masyarakat Islam turut mengawasi aspek pentadbiran dan kewangan kerana SCIS dibiayai pemerintah serta masyarakat Islam.
SINGAPURA: Pentadbiran dan pengawasan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) akan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab rasmi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Perubahan itu antara yang dirangkumi dalam pindaan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa (6 Okt).
Pindaan itu dibentangkan oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad.
Langkah itu merupakan antara persiapan penting menjelang pembukaan kolej Islam pertama Singapura pada 2028, dengan pengambilan kohort sulung pelajarnya.
Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) menyatakan pindaan tersebut akan menetapkan dengan lebih jelas struktur tadbir urus dan pengawasan SCIS, sambil mengekalkan kebebasan akademik serta piawaian akademik yang tinggi.
Dengan pindaan itu, ia bermakna MUIS akan mengawasi SCIS dalam melaksanakan misinya untuk membangunkan bakat dalam sektor keagamaan.
SCIS BOLEH TAWARKAN IJAZAH SENDIRI
Satu lagi perubahan utama ialah pengiktirafan SCIS di sisi undang-undang sebagai sebuah institusi yang boleh menganugerahkan kelayakan pendidikan tinggi agama.
Ia termasuk ijazah sarjana muda Pengajian Islam yang bakal menjadi program teras kolej tersebut selain diploma dan pensijilan dalam pendidikan keagamaan posmenangah.
Langkah tersebut menurut MCCY, akan memperkukuh kedudukan SCIS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berwibawa, meningkatkan keupayaannya menarik bakat tempatan serta meluaskan laluan kerjaya bagi para lulusannya.
MUIS pula akan dapat mengiktiraf ijazah Pengajian Islam SCIS bagi tujuan pengambilan dan pekerjaan asatizah.
Perkembangan itu penting kerana SCIS sebelum ini mengumumkan bahawa para lulusannya akan mendapat pengiktirafan Tahap 1 di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), sekali gus membolehkan mereka diiktiraf sebagai asatizah berkelayakan selepas tamat pengajian.

MENTERI EHWAL MASYARAKAT ISLAM DIBERI HAK PENGAWASAN
Pindaan AMLA turut memberi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pengawasan terhadap beberapa perkara pentadbiran dan kewangan SCIS.
Antaranya termasuk rangka kerja kebertanggungjawaban dan jaminan mutu kolej, akses kepada rekod kewangannya, pelantikan anggota Lembaga Pentadbir serta kelulusan bagi keputusan penting seperti pindaan kepada perlembagaan SCIS.
Menurut MCCY, pengawasan tersebut diperlukan khususnya kerana SCIS akan menerima dana pemerintah dan masyarakat.
Pada masa yang sama, model pembiayaan kolej itu dibahagikan mengikut bidang.
Pemerintah akan membiayai komponen bukan agama dan prasarana SCIS, termasuk program sains sosial, manakala masyarakat Islam akan membiayai komponen pendidikan agama menerusi sumber dana masyarakat sedia ada yang ditadbirnya, termasuk Dana Pembinaan Masjid dan MENDAKI (MBMF), zakat dan wakaf.
SCIS dijadual menerima kohort pertamanya pada 2028, manakala permohonan dijangka dibuka pada 2027.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.