Skip to main content

Singapura

NDR2025: Para AP Melayu sambut baik hukuman lebih berat terhadap vape

Anggaran Waktu Membaca:
NDR2025: Para AP Melayu sambut baik hukuman lebih berat terhadap vape

Peranti vape dalam sebuah kedai vape di Melbourne, Australia. (Gambar fail: Reuters/Sandra Sanders)

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam menyambut baik pengumuman untuk mengenakan denda lebih berat bagi 'vape'.

Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan bahawa Singapura akan menganggap vape sebagai "isu dadah" dan memperketat penguatkuasaannya dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (17 Ogos).
Memberi reaksinya, AP GRC Sembawang, Mariam Jaafar berkata: "Kita mesti kenal yang 'vape' ini berbahaya dan kita tidak boleh menjadikan 'vape' ini jadi macam norma baru semacam merokok. Saya gembira pemerintah akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi anak muda kita terutama sekali dan juga kesihatan awam daripada bahayanya 'vape' ini."

"Saya rasa undang-undang harus diubah untuk menangani masalah vape ini dan kami juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi lain seperti sekolah atau organisasi belia lain untuk tingkatkan kesedaran tentang vape," tambah beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kesihatan.

Dalam ucapannya, PM Wong turut membincangkan tentang tawaran khidmat kawalan dan pemulihan untuk membantu golongan yang ketagih dengan vape.

Dalam hal itu, AP GRC East Coast, Hazlina Halim merasakan adalah penting untuk mengukuhkan sokongan bagi mereka yang terjerat dengan kancah menghisap vape.


"Saya berharap sebagai satu masyarakat kita sama-sama memerangi gejala ini kerana apabila kita lihat ia secara berleluasa, kesan yang tidak elok vape ini, ia amat mendatangkan rasa kebimbangan yang besar. Yang penting sekali harus harus juga sokong mereka yang mungkin juga terjerat tanpa disedari," kata Cik Hazlina.

Sebilangan besar vape mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan ketagihan dan berbahaya termasuk etomidate yang berbahaya.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita