Lelaki dijel 2 bulan; cuba halang siasatan kes curi minyak di Shell Pulau Bukom
Anggaran Waktu Membaca:

Loji Shell di Pulau Bukom (Gambar: AFP)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang berbohong kepada polis mengenai keberadaan kerani 'bunker' yang terbabit dalam kes pencurian minyak sebanyak S$128 juta di Shell Pulau Bukom, dihukum penjara selama dua bulan pada Jumaat (31 Jan).
Wong Wai Seng, 53 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menghalang proses keadilan.
Lagi empat tuduhan kerana memberi rasuah kepada kerani 'bunker' supaya beliau tidak masuk ke Singapura dan tidak disiasat, turut diambil kira dalam menentukan hukuman.
Kes penyelewengan bahan api marin oleh beberapa pekerja Shell itu berlaku antara 2007 dengan 2018 di loji minyak Pulau Bukom, iaitu pusat pengeluaran dan eksport petrokimia Shell terbesar di Asia Pasifik.
Salah seorang daripada pendalang skim itu, Juandi Pungot, meraih hasil jenayah sekurang-kurangnya S$5.6 juta dan dihukum penjara selama 29 tahun atas peranannya.

Sindiket itu mengatur dan memindahkan bahan api marin ke atas kapal pada kadar di bawah pasaran, dan berkongsi hasil jenayah sesama mereka.
Dua kapal yang menerima minyak yang dicuri adalah Sentek 22 dan Sentek 26, milik Sentek Marine & Trading.
Tiga kerani 'bunker' atas kedua-dua kapal berkenaan - Boo Pu Wen, Wong Kuin Wah dan Wong Wai Meng - terlibat dalam kesalahan menyeleweng bahan api tersebut.
Shell membuat aduan polis mengenai kecurian bahan api marin pada Ogos 2017, dan salah seorang kakitangan Sentek diberkas pada Januari 2018.
Wong merupakan seorang eksekutif operasi bersama Sentek.
Selepas kakitangan tersebut diberkas, Wong bantu menyampaikan arahan dariapda pengarah pengurusan Sentek Pai Keng Pheng kepada ketiga-tiga kerani tersebut.
Arahan itu termasuk mengarahkan mereka meninggalkan Singapura secepat mungkin pada Januari 2018.
Oleh demikian, Wong Wai Meng,yang merupakan saudara lelaki Wong, melarikan diri ke Medan.
Wong juga menyampaikan mesej daripada Pai kepada Boo dan Wong Kuin Wah, yang berada di atas kapal Sentek yang berbeza.
Wong memberitahu mereka supaya tidak kembali ke pantai dan bilakah mereka perlu menaiki kapal baharu untuk keluar daripada had pelabuhan Singapura.
Wong juga mengaku telah memberitahu mereka supaya "bantu' dan "tahan lagi lama" supaya terus berada di luar Singapura.
Atas arahan Pai, Wong turut memberitahu kerani tersebut supaya membuang telefon bimbit yang digunakan bagi urusan kerja, kerana ia mengandungi mesej mengenai kes pencurian minyak itu.
Tujuannya adalah untuk menyulitkan siasatan terhadap Sentek dan penglibatan individu lain dalam kes penyelewengan bahan api marin itu, kata Timbalan Pendakwa Raya Vishnu Menon.
Wong akhirnya menyampaikan arahan daripada Pai kepada ketiga-tiga kerani itu supaya mereka ke Batam, di mana mereka akan menginap di Hotel D'Merlion, yang dimiliki oleh syarikat induk Sentek di Indonesia.
Ketiga-tiga kerani itu bersembunyi di hotel itu selama hampir tiga tahun sehingga Januari 2021, apabila mereka pulang ke Singapura dan diberkas.
Pada waktu itu, Wong masih menghantar wang gaji yang diperolehi saudara lelakinya itu kepada keluarganya, selain mengunjunginya di Batam sebanyak dua kali.
BERBOHONG KEPADA POLIS
Pada November 2018, polis memberitahu Wong supaya hadir ke balai untuk memberi keterangan. Wong memaklumkan kepada Pai mengenai hal itu.
Pai memberitahu Wong, jika ditanya, dia perlu memberitahu polis bahawa ketiga-tiga kerani itu sedang belayar dan tidak dapat dihubungi.
Pai turut memanggil Wong supaya bertemu dengan seorang lelaki Cina pertengahan usia, di mana Pai katakan beliau adalah seorang bekas pegawai polis.
Lelaki itu memberitahu Wong supaya tidak berasa bimbang dan menjelaskan kepadanya bagaimana proses temu bual dengan polis itu.
Lelaki itu juga berkata jika polis bertanya tentang bahan api yang dicuri itu, Wong perlu katakan bahawa dia tidak tahu menahu tentang perkara itu.
Wong kemudian mendakwa ketiga-tiga kerani tersebut sedang belayar dan tidak dapat dihubungi apabila dia disoal mengenai mereka dalam keterangan polisnya yang pertama pada 20 November 2018.
Menurut Encik Menon, Wong berpura-pura tidak tahu mengenai perkara itu dalam keterangan polis seterusnya, sekali gus menghalang siasatan terhadap kes penyelewengan bahan api marin itu.
Di permulaan rakaman keterangan kelapan Wong pada 10 Februari 2021, polis memberitahunya bahawa kesemua kerani 'bunker' itu telah diberkas.
Hanya pada ketika itu, Wong mengaku dia telah berbohong kepada polis dan selama ini dia tahu kesemua kerani itu sedang bersembunyi di Batam, kata Encik Menon.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.