Isu kaum tidak seharusnya dibawa ke dalam perdebatan SIA-Air India: Taman Bacaan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar Fail)
SINGAPURA: Isu kaum tidak seharusnya dibawa ke dalam perdebatan mengenai Singapore Airlines (SIA) dan Air India, tegas Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura.
Pendirian itu disuarakan presidennya, Encik Abdul Halim Kader, dalam satu kenyataan media pada Isnin (7 Sep), menyusuli persoalan mengenai pelaburan SIA dalam Air India yang turut disertai kecaman berunsur perkauman terhadap masyarakat India.
Perdana Menteri Lawrence Wong pada Ahad (6 Sep) menekankan bahawa jika tingkah laku sedemikian tidak dibendung, ia boleh menjadi perkara biasa, meningkatkan rasa curiga antara masyarakat dan memecahbelahkan rakyat.

Taman Bacaan turut menyuarakan kebimbangan serupa, dengan menegaskan bahawa satu batas penting sudah dilanggar apabila kritikan terhadap sesebuah pertubuhan bertukar menjadi syak wasangka terhadap seseorang disebabkan etniknya.
"Kita mesti dapat mempersoalkan keputusan, mencabar institusi dan menuntut pihak berkenaan bertanggungjawab. Ini merupakan ciri-ciri sebuah masyarakat yang matang," menurut Taman Bacaan.
"(Namun) apabila kritikan terhadap sesebuah pertubuhan menyebabkan seseorang mula dicurigai hanya kerana etniknya, atau apabila seluruh masyarakat dikaitkan dengan tindakan sesebuah syarikat atau negara, satu batas penting sudah dilanggar," tegasnya.
Taman Bacaan selanjutnya menekankan bahawa isu Air India harus dinilai sewajarnya dari sudut korporat dan komersial, tanpa mengambil kira etnik individu yang terlibat.
"Jangan biarkan isu perniagaan menjadi isu perkauman," gesanya.
"Singapura sudah mengambil masa beberapa generasi untuk menjalin hubungan antara masyarakat. Dalam saat-saat seperti ini, tanggungjawab kita bukan untuk kembali mengasingkan diri mengikut kaum masing-masing, tetapi untuk memperkukuh hubungan antara masyarakat," menurut Taman Bacaan lagi.
Dalam usaha memelihara keharmonian itu, pertubuhan tersebut turut menyokong langkah polis meneliti komen-komen yang mungkin melanggar batas undang-undang, di samping menekankan tanggungjawab setiap individu untuk memelihara keharmonian sosial Singapura.

"Sebelum kita memuat naik, berkongsi atau memberikan komen, kita harus bertanya sama ada kata-kata kita membantu meningkatkan pemahaman atau sebaliknya menimbulkan rasa curiga," nasihat Taman Bacaan.
"Rakyat Singapura mesti menolak percubaan, sama ada yang berasal dari dalam atau luar negara, untuk menjadikan kepelbagaian kita sebagai sesuatu yang memecahbelahkan kita," tambahnya lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.