Skip to main content

Singapura

Gangguan MRT dan LRT baru-baru ini 'mengecewakan': Jeffrey Siow

Siri gangguan pada khidmat MRT dan LRT sejak beberapa bulan kebelakangan ini "mengecewakan", menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow pada Rabu (6 Ogos), sambil berikrar akan melakukan lebih baik lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan MRT dan LRT baru-baru ini 'mengecewakan': Jeffrey Siow

Orang ramai menunggu ketibaan MRT ke arah bandar di Stesen Jurong East semasa berlaku gangguan perkhidmatan di Laluan Timur-Barat pada 6 Ogos 2025. (Gambar: CNA/Justin Ong)

SINGAPURA: Siri gangguan pada khidmat MRT dan LRT sejak beberapa bulan kebelakangan ini "mengecewakan", menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow pada Rabu (6 Ogos), sambil berikrar akan melakukan lebih baik lagi.

"Keluarga One Transport akan terus bekerja keras untuk mengukuhkan sistem MRT dan LRT kita," tulis Encik Siow dalam catatan Facebooknya pada petang Rabu (6 Ogos).

Komen itu dikeluarkan selepas perkhidmatan MRT di Laluan Timur-Barat terganggu selama lima jam pada pagi Rabu, menyebabkan kekecewaan dalam kalangan penumpang waktu sibuk sebelah pagi.

Presiden SMRT Trains Lam Sheau Kai berkata, gangguan itu disebabkan oleh kerosakan yang berlaku berhampiran Stesen MRT Jurong East. Sejenis mesin digunakan untuk mengawal pergerakan di persimpanganT apabila MRT bergerak dari satu landasan ke satu landasan yang lain.

Pada 1 Julai, khidmat MRT di Laluan Thomson-East Coast juga terganggu selama lebih sejam akibat masalah sistem isyarat.

Dua kali pada bulan lalu, khidmat LRT Bukit Panjang terpaksa digantung disebabkan oleh gangguan pada bekalan elektrik.

Encik Siow menarik perhatian bahawa punca kejadian tidak kaitan antara satu sama lain dan ia berlaku pada laluan yang berbeza.

"Saya faham kekecewaan penumpang apabila terdapat kelengahan atau gangguan pada perkhidmatan MRT & LRT, kerana ia mengganggu jadual anda dan menjejas rancangan anda," katanya lagi.

Sungguhpun demikian, Encik Siow berkata kelengahan MRT atau LRT tidak boleh dihapuskan sepenuhnya dan akan berlaku dari semasa ke semasa.

"Apa yang boleh diperbaiki ialah cara kami menyampaikan maklumat kepada penumpang semasa berlaku kelengahan, dan membimbing penumpang untuk mencari laluan alternatif ke destinasi mereka, di lokasi kejadian dan secara online," katanya.

Apabila kelengahan berlaku, pengumuman akan dibuat di stesen-stesen terjejas dan pengendali akan mengerahkan kakitangan tambahan untuk membantu penumpang.

"Pengumuman umum tentang purata masa perjalanan tambahan setakat petunjuk sahaja, tetapi kesan keseluruhan pada masa perjalanan individu akan bergantung kepada lokasi dan destinasinya," kata Encik Siow.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan terus bekerjasama dengan pengendali khidmat MRT dan LRT untuk menjalankan lebih banyak latihan berkala mengenai cara-cara menyokong penumpang dalam senario berlaku gangguan perkhidmatan, tambahnya lagi.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita