Malaysia harap dapat jadikan khidmat kereta sewa privet rentas sempadan dengan SG 'satu kenyataan'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Koswe Johor-Singapura. (Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)
KUALA LUMPUR: Malaysia berharap dapat memperkenalkan khidmat kereta sewa privet rentas sempadan dengan Singapura dalam usaha meningkatkan ketersambungan antara kedua-dua negara, namun menekankan bahawa pelaksanaannya harus diusahakan secara bersama, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.
Berucap di Parlimen pada Isnin (18 Ogos), Encik Loke berkata perkara itu sebelum ini dibangkitkan bersama mantan Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat namun beliau mendakwa Singapura belum bersedia untuk membincangkan usulan itu pada ketika itu.
Encik Loke tidak mendedahkan bilakah perbincangan tersebut diadakan sebelum ini.
"Dari segi prinsip dan dasar, kami bersedia berbincang dengan Singapura untuk mempertingkatkan ketersambungan namun ini tidak boleh dilakukan secara unilateral," katanya dalam respons kepada jawapan oleh Anggota Parlimen Tebrau Jimmy Puah mengenai kesesakan lalu lintas rentas sempadan dan pemandu kereta sewa privet.
"Kedua-dua pihak perlu bersetuju sebelum ia boleh dilaksanakan," kata Encik Loke seperti dinukil oleh New Straits Times, sambil menambah sebarang cadangan bagi khidmat kereta sewa privet rentas sempadan memerlukan perbincangan mendalam antara kedua-dua pemerintah.
"Kami berharap dapat meneruskan perbincangan ini dan berharap Singapura dapat memberi tindak balas secara positif supaya idea ini dapat menjadi satu kenyataan."
Mediacorp sudah pun menghubungi Kementerian Pengangkutan Singapura untuk mendapatkan komen berhubung ulasan terkini oleh Encik Loke.

Ia bukan kali pertama Malaysia menunjukkan minat untuk menyelaraskan khidmat kereta sewa privet bagi perjalanan rentas sempadan.
Pada awal bulan ini, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata khidmat kereta sewa privet rentas sempadan merupakan antara topik yang dibincangkan semasa pertemuannya baru-baru ini bersama Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Jeffrey Siow.
Dalam satu catatan Facebook pada 1 Ogos, Encik Onn Hafiz berkata khidmat sedemikian antara Singapura dengan Johor dapat berfungsi sebagai "pemangkin" bagi sistem pengangkutan yang mesra pengguna, selamat dan berdaya saing, di samping memperkukuh integrasi antara rangkaian pengangkutan awam kedua-dua negara.
Pada Jun lalu, Encik Onn Hafiz juga berkata kerajaan Malaysia sedang berbincang dengan syarikat khidmat sewa kereta privet Grab untuk menyemak Perjanjian Perjalanan Rentas Sempadan, sebagai sebahagian daripada usaha lebih meluas untuk meningkatkan sektor pelancongan dan pengangkutan Johor menjelang kempen Visit Johor 2026.
Dalam satu kenyataan pada 3 Ogos, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura mengesahkan pegawai dari kedua-dua negara mengadakan pertemuan pada 1 Ogos untuk membincangkan aturan khidmat kereta sewa privet rentas sempadan.
Namun tiada kata putus dibuat mengenai isu tersebut.
"Walaupun kami terbuka kepada idea untuk mempertingkatkan pengalaman merentas sempadan, kami ingin menjelaskan bahawa LTA tiada rancangan untuk melonggarkan sepenuhnya pengangkutan rentas sempadan dari satu tempat ke satu tempat melalui khidmat tempah pengangkutan," menurut LTA.
LTA menambah dalam satu kenyataan bahawa ia menimbangkan penggunaan aplikasi tempah khidmat pengangkutan bagi tempahan perjalanan rentas sempadan dengan menaiki teksi-teksi berlesen dan menambah jumlah tempat untuk mengambil dan menurunkan penumpang di Singapura dan Malaysia.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.