Skip to main content

Dunia

3 pegawai imigresen Bali diberkas terlibat sindiket pemerdagangan organ ke Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Tiga pegawai imigresen Bali diberkas kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan organ yang menghantar puluhan mangsa ke Kemboja untuk menjual buah pinggang mereka.

Demikian menurut polis Indonesia pada Sabtu (29 Jul).

Minggu lalu, pihak berkuasa Indonesia menahan 12 orang, termasuk seorang anggota polis dan seorang pegawai imigresen, dikenalpasti sebagai AH kerana dituduh memperdagangkan 122 orang ke Kemboja untuk menjual buah pinggang mereka.
Tiga pegawai imigresen Bali itu dituduh bekerjasama dengan AH, yang didakwa menerima rasuah untuk membolehkan mangsa melepasi pemeriksaan imigresen dengan mudah ke Kemboja, untuk menjalani pembedahan buah pinggang.

Sekurang-kurangnya 18 mangsa meninggalkan Bali ke Kemboja antara Mac dan Jun, kata pengarah polis bagi jenayah umum Hengki Haryadi kepada AFP.

Pihak berkuasa percaya bahawa terdapat ramai lagi mangsa dan menggesa mereka untuk tampil ke depan.

Beberapa anggota kumpulan itu adalah bekas penderma organ yang menjadi perekrut menggunakan Facebook dan Whatsapp untuk mencari dan memperdagangkan mangsa.

Penyeludup menerima 200 juta rupiah (S$17,600) bagi setiap ginjal. Mereka akan mengambil 65 juta rupiah (S$5,700) dan bakinya kepada mangsa.

Pembedahan dilakukan di Hospital Preah Ket Mealea di ibu kota Kemboja, Phnom Penh, kata polis.

Dagangan organ diharamkan di Indonesia dan 10 anggota sindiket yang diberkas minggu lalu berdepan hukuman penjara 15 minggu dan denda 600 juta rupiah (S$53,000) jika didapati bersalah melanggar undang-undang pemerdagangan manusia negara itu.

Pegawai polis tersebut dituduh menghalang siasatan dan menerima rasuah untuk membantu penyeludup berpindah lokasi. Dia berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah.

Pegawai imigresen, AH, pula dituduh menyalahgunakan kuasa dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Kebanyakan daripada 122 mangsa kehilangan pekerjaan semasa pandemik COVID-19 kata Encik Hengki dan bersetuju untuk menjual organ mereka kerana kesempitan wang.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita