Skip to main content

Dunia

Polis Indonesia banteras pemerdagangan organ manusia libatkan 122 warganya di Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Indonesia banteras pemerdagangan organ manusia libatkan 122 warganya di Kemboja

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 26 Jul 2023 08:53AM
JAKARTA: Polis Indonesia sedang menyiasat pemerdagangan haram organ manusia yang melibatkan para pegawai polis dan imigresen.

Para pegawai polis dan imigresen dituduh membantu para penyeludup menghantar 122 warga Indonesia ke hospital di Kemboja untuk menjual buah pinggang mereka.

Pihak berkuasa Indonesia memberkas 12 orang, termasuk seorang pegawai polis dan seorang pegawai imigresen.

Pengarah polis Jakarta bagi jenayah am, Hengki Haryadi berkata, pihak polis akan terus membanteras sindiket penyeludupan manusia yang menjalankan pemerdagangan haram organ manusia.

Menurut beliau, kesemua 122 mangsa, termasuk pekerja kilang, guru dan eksekutif, sudah pulang ke Indonesia.

Enam daripada mereka masih di bawah pemerhatian doktor.

Polis bagaimanapun masih mencari beberapa mangsa yang keterangan mereka diperlukan untuk siasatan lanjut.

Kebanyakan mangsa hilang mata pencarian semasa pandemik lalu bersetuju untuk menjual organ mereka kerana memerlukan wang.
Sumber : CNA/LL/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita