Skip to main content

Yip Pin Xiu menang emas acara 100m kuak lentang S2 di Sukan Paralimpik Tokyo

Perenang Singapura Yip Pin Xiu memenangi pingat emas dalam pusingan akhir 100 meter kuak lentang S2 di Sukan Paralimpik Tokyo hari ini (25 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Aug 2021 05:30PM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 09:13PM

SINGAPURA: Perenang Singapura Yip Pin Xiu memenangi pingat emas dalam pusingan akhir 100 meter kuak lentang S2 di Sukan Paralimpik Tokyo hari ini (25 Ogos).

Juara dunia dalam dua acara itu mencatat masa 2:16:61 di Pusat Akuatik Tokyo.

Dengan itu, Yip, mempertahankan kejuaraannya di Sukan Paralimpik Rio pada 2016.

Awal pagi tadi, Yip meraih tempat pertama dalam pusingan kelayakan acara itu dengan masa 2:14:46.

Yip dinobat sebagai Olahragawati Terbaik 2021 di majlis penyampaian Anugerah Sukan Kurang Upaya Singapura pada awal bulan ini.
Team Singapore diwakili 10 atlit dalam enam acara di Sukan Paralimpik Tokyo, menyamai jumlah sukan yang disertai Singapura dalam edisi sebelum ini bagi temasya tersebut.

Empat daripada atlit-atlit itu akan membuat penampilan sulung di Sukan Paralimpik.

Sebagai rangkaian Paralimpik Singapura, Mediacorp akan membawa liputan meluas Team Singapore di Paralimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita