Skip to main content

Iklan

Iklan

Yayasan Sultan Ibrahim Johor dengan kerjasama Humanity Matters, sumbang pemekat oksigen, alat pernafasan bantu hospital tangani COVID-19

Jabatan Kesihatan Negeri Johor menerima sebanyak 15 peranti pemekat oksigen Longfian 10 liter dan 20,000 alat pernafasan pembedahan Novita R5 pada Isnin (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Sultan Ibrahim Johor dengan kerjasama Humanity Matters, sumbang pemekat oksigen, alat pernafasan bantu hospital tangani COVID-19

Yayasan Sultan Ibrahim Johor dengan kerjasama Humanity Matters Limited mendermakan alat pemekat oksigen dan alat pernafasan kepada hospital-hospital di Johor Bahru. (Gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook)

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor menerima sebanyak 15 peranti pemekat oksigen Longfian 10 liter dan 20,000 alat pernafasan pembedahan Novita R5 pada Isnin (6 Sep).

Sumbangan itu hasil kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim Johor (SIJF) dengan badan kemanusiaan dan kemasyarakatan Singapura, Humanity Matters Limited.

Penyerahan peranti-peranti pemekat oksigen dan alat-alat pernafasan pembedahan itu berlangsung di Hospital Permai di Johor Bahru.

Penyerahan alat-alat tersebut berlangsung di Hospital Permai di Johor Bahru. (Gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook)

Ia turut dihadiri Anggota Lembaga Pemegang Amanah Avinderjit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIJF Fadhly Suffian Laili dan Penolong Kanan Ketua Pengarah Negeri Johor Dr Sukhaila Daros.

Encik Avinderjit Singh meluahkan rasa terima kasih kepada Humanity Matters Limited atas sumbangan murah hati itu dan sokongannya yang berterusan sewaktu pandemik ini.

"Mesin-mesin ini akan diagihkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor kepada Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru kerana ramai pesakit COVID-19 di ICU amat memerlukan peralatan perubatan ini," tambah beliau.

Dr Sukhaila Daros juga mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua yayasan sambil berkata bahawa ia adalah bantuan yang besar bagi pesakit COVID-19 di Johor Bahru.  

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan