Skip to main content

Yayasan MENDAKI pinjamkan 200 komputer riba kepada pelajar yang tidak miliki peranti digital

 Yayasan MENDAKI menyediakan 200 komputer riba kepada keluarga yang tidak mempunyai akses kepada peranti itu bagi pembelajaran sepenuhnya di ruma (HBL) menjelang minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan MENDAKI pinjamkan 200 komputer riba kepada pelajar yang tidak miliki peranti digital

CEO MENDAKI,Cik Zuraidah Abdullah (kanan). (Gambar-gambar: Yayasan MENDAKI)

BERITAmediacorp: Yayasan MENDAKI menyediakan 200 komputer riba kepada keluarga yang tidak mempunyai akses kepada peranti itu bagi pembelajaran sepenuhnya di rumah (HBL) menjelang minggu ini. Peruntukan sementara itu adalah sebahagian daripada Pakej Daya Tahan #SGTeguhBersatu bagi memastikan pembelajaran pelajar tidak terjejas.

Demikian menurut MENDAKI dalam satu kenyataan media hari ini (8 Apr).

Setakat hari ini, 150 komputer riba sudah dihantar ke pelajar dalam Skim Tuisyen MENDAKI (MTS), Program Tuisyen Kolaboratif (CTP), penuntut ITE serta mereka yang mengikuti KelasMateMatika@CC (KMM@CC).

MENDAKI menekankan pihaknya komited menyokong keluarga yang tidak memiliki akses kepada peranti digital di rumah masing-masing.

Peralatan tersebut dipinjamkan kepada pelajar sebagai langkah sementara, sedang mereka menunggu permohonan bagi komputer riba baru di bawah Program NEU-PC Plus diproses dan diluluskan.

MENDAKI juga sedang bekerja rapat dengan pihak sekolah dan institusi pendidikan tinggi untuk membantu dan mempercepatkan permohonan NEC-PC Plus pelajar. Ini bagi memastikan para pelajar dapat meneruskan pembelajaran masing-masing dan mendapat akses bahan pembelajaran online tanpa sebarang gangguan.

Setiap komputer riba sudah dipasang terdahulu dengan perisian asas yang diperlukan seperti Microsoft Office dan Adobe Reader bagi mengakses bahan pembelajaran online.

Selain meminjamkan komputer riba, MENDAKI juga menghadiahkan 60 peranti buku digital kepada keluarga terpilih yang mempunyai anak di peringkat prasekolah dan sekolah rendah.

Related article image

Cik Desmaniar bersama anak-anaknya. 

Cik Desmaniar, seorang ibu kepada tiga anak berusia 4, 7 dan 10 tahun berkata: "Saya amat gembira apabila kakitangan MENDAKI menghubungi saya dan bertanya sama ada saya memerlukan komputer riba untuk anak-anak saya. Saya amat bersyukur MENDAKI membantu para pelajar yang tidak memilki komputer riba di rumah.

"Sekarang saya tidak perlu risau kerana anak-anak saya boleh menggunakannya untuk membuat kerja sekolah masing-masing."

Dua anak Cik Desmaniar mengikuti program tuisyen MENDAKI. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita