Skip to main content

Iklan

Iklan

Yaman yang dilanda perang laporkan kes virus korona pertama

Yaman yang dilanda perang pada Jumaat (10 Apr) melaporkan kes pertama virus korona di wilayah selatan di bawah kawalan kerajaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Yaman yang dilanda perang laporkan kes virus korona pertama

Peperangan di Yaman. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 11 Apr 2020 11:27AM Dikemas Kini : 11 Apr 2020 11:31AM

DUBAI: Yaman yang dilanda perang pada Jumaat (10 Apr) melaporkan kes pertama virus korona di wilayah selatan di bawah kawalan kerajaan.

“Kes pertama virus korona telah dilaporkan di wilayah Hadramout,” kata jawatankuasa kecemasan kebangsaan tertinggi Yaman bagi COVID-19 menerusi Twitter.

Jawatankuasa itu, yang dikendalikan oleh Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, berkata pesakit yang dijangkiti berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

Ia menambah bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia sedang bekerjasama rapat dengan kementerian kesihatan untuk memastikan langkah-langkah pembendungan lanjut dilaksanakan segera.

Kumpulan bantuan sebelum ini memberi amaran bahawa apabila virus itu melanda sistem penjagaan kesihatan Yaman yang lemah ia kemungkinan besar menjadi malapetaka bagi sebuah negara yang sudahpun berdepan dengan apa yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Puluhan ribu warga Yaman terbunuh selama lima tahun lalu dalam perang antara pemberontak Houthi dengan tentera gabungan pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan.

Gabungan itu mengumumkan gencatan senjata sepihak selama dua minggu pada Rabu bagi mencegah virus sampai ke negara itu yang akan melumpuhkan sistem kesihatan.

Sumber : AFP/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan