Skip to main content

WTO tangguh mesyuarat penting susuli penularan varian baru

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) menjadi pertubuhan diplomatik utama yang pertama terjejas disebabkan oleh varian baru koronavirus.

Anggaran Waktu Membaca:
WTO tangguh mesyuarat penting susuli penularan varian baru

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). (Gambar: Fabrice COFFRINI / AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2021 08:41AM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 08:49AM

GENEVA: Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) menjadi pertubuhan diplomatik utama yang pertama terjejas disebabkan oleh varian baru koronavirus pada Jumaat (26 Nov) dengan ia terpaksa menangguhkan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam tempoh empat tahun disebabkan keadaan kesihatan yang memburuk.

Para menteri dari negara-negara anggota WTO dijadual berhimpun minggu depan untuk menghadiri satu mesyuarat yang dianggap sebagai ujian untuk melihat sejauh mana pertubuhan itu masih relevan, menurut laporan Reuters.

Menurut WTO, negara-negara anggotanya bersetuju pada Jumaat untuk menangguhkan persidangan menteri-menteri itu menyusuli penularan varian baru yang menyebabkan sekatan-sekatan perjalanan dilaksanakan. Sekatan-sekatan itu akan menjejas ramai menteri daripada melakukan perjalanan ke Geneva.

Setakat ini, belum ada tarikh lain yang ditetapkan bagi mesyuarat tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengklasifikasikan varian B11529 yang dikesan di Afrika Selatan sebagai "varian membimbangkan", sambil menambah ia mungkin menular lebih pantas berbanding varian lain virus itu. Para saintis juga sedang meneliti sama ada varian baru tersebut tahan vaksin, alpor Reuters.

Switzerland, di mana WTO ditempatkan, pada Jumaat melarang ketibaan pesawat-pesawat dari Afrika Selatan dan daerah-dearah di sekelilingnya serta mengenakan syarat ujian dan kuarantin ke atas penumpang yang tiba dari negara-negara lain, termasuk Belgium, Hong Kong dan Israel, menurut Reuters.

Pertubuhan yang berpangkalan di Geneva itu merancang untuk mengadakan mesyuarat secara bersua muka tetapi sekatan-sekatan baru itu bermakna delegasi yang terdiri daripada para pemain utama seperti Afrika Selatan dan Suruhanjaya Eropah yang berpangkalan di Brussels perlu dihadkan hanya di ruang maya saja.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita