Wisma Geylang Serai anjur majlis berbuka puasa secara maya
Masyarakat Melayu/Islam dinasihatkan supaya jangan leka semasa menyambut Hari Raya tahun ini dan sebaliknya terus mematuhi pengurusan selamat COVID-19.
SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam dinasihatkan supaya jangan leka semasa menyambut Hari Raya tahun ini dan sebaliknya terus mematuhi pengurusan selamat COVID-19.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata demikian semasa menyertai satu majlis berbuka puasa maya anjuran Wisma Geylang Serai, malam ini (7 Mei).
Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) melahirkan penghargaannya kepada masyarakat kerana mematuhi prosedur operasi standard sejauh ini, terutamanya dengan kenaikan jumlah kes jangkitan dalam masyarakat.
"Masih banyak lagi perkara yang tidak diketahui tentang virus COVID-19, virus ini amat ganjil, sukar untuk diramal," kata beliau.
"Apa yang kita tahu ialah ia tidak semudah dikawal seperti yang kita harapkan."
Sekitar 80 orang menyertai majlis itu yang disiarkan secara langsung di Facebook.
Mereka berpeluang menikmati hiburan melalui persembahan daripada penyanyi Farisha Ishak dan Dayang Nurfaizah.
Para peserta juga menyertai sesi perkongsian tentang pentingnya mendapatkan vaksinasi untuk melindungi diri daripada COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.