Skip to main content

Iklan

Iklan

WHO prihatin lonjakan kes COVID-19 di sesetengah negara Pasifik Barat

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan keprihatinannya terhadap pertambahan kes COVID-19 yang melonjak di sesetengah negara Pasifik Barat.

Anggaran Waktu Membaca:
WHO prihatin lonjakan kes COVID-19 di sesetengah negara Pasifik Barat

Sebuah pusat pemeriksaan di Ho Chi Minh, Vietnam sedang ia bergelut dengan pandemik COVID-19. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 25 Aug 2021 05:33PM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 05:34PM

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan keprihatinannya terhadap pertambahan kes COVID-19 yang melonjak di sesetengah negara Pasifik Barat.

Dalam tempoh tiga minggu yang lalu, rantau itu telah menyumbang kepada 10 peratus kes COVID-19 dan lebih lapan peratus kematian sedunia.

Menurut Pengarah Rantau Pasifik Barat Takeshi Kasai, sesetengah negara berdepan dengan hospital-hospital yang lumpuh kerana bilangan kes tenat melebihi kapasiti unit jagaan rapi.

Jepun, Malaysia, Filipina dan Vietnam mencatatkan pertambahan kes tertinggi di rantau tersebut dalam tempoh 24 jam lalu.

Kebanyakan kes membabitkan varian Delta.

Sementara itu WHO menarik perhatian negara-negara seperti Singapura, China dan Mongolia berhasil membendung penularan COVID-19.

Selain vaksinasi, WHO menitikberatkan pelaksanaan awal sekatan-sekatan dalam masyarakat.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan