WHO pantau varian baru COVID-19 yang diberi nama 'Mu'
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan ia sedang memantau varian baru koronavirus yang dikenali sebagai Mu, yang pertama kali dikesan di Colombia pada Januari lalu.
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan ia sedang memantau varian baru koronavirus yang dikenali sebagai Mu, yang pertama kali dikesan di Colombia pada Januari lalu.
Mu, dikenali secara saintifik sebagai B.1.621, diambil kira sebagai varian yang perlu diberi perhatian atau "variant of interest", menurut badan kesihatan sejagat itu pada Selasa (31 Ogos) dalam buletin pandemik mingguannya.
WHO menyatakan varian itu mempunyai mutasi yang menunjukkan risiko ketahanan terhadap vaksin dan menekankan bahawa kajian lanjut diperlukan untuk memahaminya dengan lebih baik.
"Varian Mu mempunyai tata susun mutasi yang menunjukkan sifat potensi bebas imun," menurut buletin itu.
Terdapat keprihatian meluas berhubung kemunculan mutasi virus baru sedang kadar jangkitan melonjak kembali di peringkat global, dengan varian Delta yang amat cepat menular mula mencengkam - terutama sekali dalam kalangan individu belum divaksin - dan di rantau di mana langkah-langkah antivirus dilonggarkan.
Semua virus, termasuk SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19, berubah dari masa ke semasa dan kebanyakan mutasi mempunyai sedikit kesan atau langsung tidak mempengaruhi sifat virus.
Namun, sesetengah mutasi boleh menjejas sifat virus dan mempengaruhi betapa mudah ia menular, sejauh mana mudarat penyakit yang dibawanya serta ketahanan terhadap vaksin, ubat dan langkah pencegahan lain.
WHO kini mengenal pasti empat varian COVID-19 yang perlu diberi perhatian termasuk Alpha yang menular di 193 negara dan Delta yang merebak di 170 negara.
Lima varian termasuk Mu sedang dipantau.
Selepas dikesan di Colombia, Mu turut dilaporkan di negara-negara Amerika Selatan lain dan di Eropah.
WHO menyatakan penularannya di peringkat sejagat merosot ke bawah 0.1 peratus dalam kes yang mengikut urutan. Di Colombia, bagaimanapun, ia berada pada 39 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.