Skip to main content

Iklan

Iklan

WHO panggil mesyuarat untuk tentukan varian COVID-19 baru B.1.1.529

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan mesyuarat antara pakar di Geneva hari ini (26 Nov) untuk menilai varian baru COVID-19 B.1.1.529 di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat, menurut seorang jurucakap.

Anggaran Waktu Membaca:
WHO panggil mesyuarat untuk tentukan varian COVID-19 baru B.1.1.529

(Gambar: Fabrice COFFRINI / AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2021 07:22PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 07:29PM

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan mesyuarat antara pakar di Geneva hari ini (26 Nov) untuk menilai varian baru COVID-19 B.1.1.529 di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat, menurut seorang jurucakap.

Beberapa negara Eropah dan Asia mengetatkan sekatan perjalanan pada Jumaat setelah varian koronavirus yang baru dan mungkin kebal terhadap vaksin itu dikesan di Afrika Selatan. Kesatuan Eropah (EU), Britain dan India antara negara yang mengumumkan kawalan sempadan yang lebih ketat.

"Kami tidak banyak maklumat setakat ini. Apa yang kami tahu ialah varian ini mempunyai bilangan mutasi yang banyak. Dan kebimbangannya ialah apabila terdapat begitu banyak mutasi, ia boleh memberi kesan kepada cara virus itu bertindak," kata Maria van Kerkhove, seorang pakar epidemiologi dan ketua teknikal bagi COVID-19.

Cik Van Kerkhove menambah mujur varian baru itu dikesan kerana "ia bermakna kami mempunyai sebuah sistem".

Jurucakap WHO Christian Lindmeier berkata pasukan penasihat teknikal agensi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bersama pakar-pakar evolusi virus lain sedang dalam perbincangan dengan penyelidik di Afrika Selatan.

"WHO memanggil mesyuarat...untuk lebih memahami garis masa bagi kajian yang sedang dijalankan, dan menentukan jika varian ini patut disenaraikan sebagai varian yang perlu diberi perhatian atau varian yang membimbangkan," kongsi beliau.

Hampir 100 jujukan varian berkenaan telah pun dilaporkan, dan analisis awal menunjukkan bahawa ia mempunyai "bilangan mutasi yang banyak" yang perlu kajian lanjut, menurut Lindmeier.

Buat masa ini, WHO tidak dapat mengulas mengenai sekatan perjalanan yang dilaksanakan beberapa pihak berkuasa terhadap negara-negara selatan Afrika yang dikaitkan dengan varian itu, tambahnya.

Sumber : Reuters/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan