Skip to main content

WHO jangka jumlah kemasukan ke hospital, kematian akan meningkat angkara Omicron

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan peningkatan pada jumlah kemasukan ke hospital dan kematian yang berkaitan dengan varian baru COVID-19, Omicron.

Anggaran Waktu Membaca:
WHO jangka jumlah kemasukan ke hospital, kematian akan meningkat angkara Omicron

(Gambar: Fabrice COFFRINI / AFP)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 07:24PM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 07:27PM

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan peningkatan pada jumlah kemasukan ke hospital dan kematian yang berkaitan dengan varian baru COVID-19, Omicron.

Pada Isnin (14 Dis), Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom mengesahkan kematian pertama berkaitan Omicron.

"Disebabkan bilangan kes yang dikaitkan dengan varian membimbangkan itu meningkat secara global, kami menjangkakan jumlah kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kematian akan meningkat," menurut WHO dalam kenyataannya.

WHO memaklumkan, banyak negara masih belum mempunyai kapasiti untuk menganalisis kesemua kes atau kematian secara konsisten, menyebabkan sukar untuk memberikan maklumat tepat mengenai kematian yang berkaitan dengan varian tertentu.

Badan dunia itu menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai Omicron akan diperolehi dalam minggu-minggu mendatang.

"Maklumat lanjut diperlukan untuk memahami sepenuhnya gambaran klinikal mereka yang dijangkiti Omicron dan WHO menggalakkan negara menyumbang kepada pengumpulan dan perkongsian data pesakit yang dimasukkan ke hospital melalui Platform Data Klinikal COVID-19 WHO," menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : Bernama/AW/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita