VTL S'pura dengan Qatar, Saudi, UAE ditunda dek risiko varian Omicron COVID-19
Pelancaran Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) dengan Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan ditunda sebagai "langkah berjaga-jaga" untuk mengurangkan risiko import dan penularan varian baru Omicron COVID-19.
SINGAPURA: Pelancaran Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) dengan Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan ditunda sebagai "langkah berjaga-jaga" untuk mengurangkan risiko import dan penularan varian baru Omicron COVID-19.
VTL ke negara-negara tersebut, awalnya dijadualkan untuk dilancarkan mulai 6 Disember, kini akan ditangguhkan "hingga diberitahu kelak", umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (28 Nov).
"Ini memandangkan jarak dekatnya sebagai rangkaian pengangkutan dengan negara-negara terjejas Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe," menurut MOH dalam satu kenyataan media.
"Kami akan mengeluarkan lebih banyak perincian tentang VTL-VTL tersebut pada tarikh lain kelak."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.