Skip to main content

Iklan

Iklan

Virus korona baru: Jururawat di S'pura bimbang dipinggirkan orang ramai

Semasa di tempat kerja, mereka perlu sentiasa bersiap sedia dan berwaspada terhadap virus yang boleh menyebabkan mereka jatuh sakit dan membahayakan ahli keluarga mereka sendiri. 

Anggaran Waktu Membaca:
Virus korona baru: Jururawat di S'pura bimbang dipinggirkan orang ramai

(Gambar: Jupiterimages/Canva)

Diterbitkan : 11 Feb 2020 05:33PM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 05:36PM

SINGAPURA: Semasa di tempat kerja, mereka perlu sentiasa bersiap sedia dan berwaspada terhadap virus yang boleh menyebabkan mereka jatuh sakit dan membahayakan ahli keluarga mereka sendiri.

Oleh itu mereka berdepan sekitaran yang amat tertekan,setiap kali pergi dan pulang dari kerja.

Teresa (bukan nama sebenar), seorang jururawat kanan dalam lingkungan 50-an tahun dan bekerja di wad umum sebuah hospital awam. Beliau berkata: "Para pemandu teksi keberatan untuk mengambil sesiapa sahaja yang memakai seragam perubatan. Manakala di MRT, orang ramai menjauhkan diri dari jururawat dan membuat komen seperti. "Saya berharap anda sudah mandi setelah seleasai syif anda."

Malah Teresa menambah bahawa orang awam juga pernah memetik gambar salah seorang rakan kerjanya dan menyoalnya mengapa beliau memakai seragam jururawat di luar hospital.

Menurutnya lagi, para jururawat di wad umum dibenarkan pulang ke rumah dengan memakai seragam masing-masing. Jururawat di wad kecemasan pula perlu memakai peralatan perlindungan dan diberitahu untuk mandi sebelum pulang ke rumah.

Megan (bukan nama sebenar), seorang jururawat berusia 25 tahun yang bekerja di hospital yang sama denganTeresa, berkata beliau takut memakai seragamnya di tempat awam.

"Seboleh mungkin, saya cuba untuk tidak memakai seragam saya di luar hospital kerana saya rasa seperti orang awam sentiasa memerhatikan kami. Pihak hospital menyediakan dan mencuci seragam kami.

"Kami berusaha melindungi diri sendiri... kami juga memastikan kami mandi setelah tamat setiap syif supaya kami bersih apabila pulang ke rumah."

Seorang jururawat berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah lagi hospital, yang hanya ingin dikenali sebagai Elaine, berkata beliau kecewa apabila mendapat tahu yang segelintir individu bersikap biadab terhadap jururawat.

"Setelah bekerja, kami syif yang panjang, kadang-kala tidak sempat pun untuk ke tandas atau makan, kami pastinya ingin pulang ke rumah dengan cepat. Ia sudah tentu amat mengecewakan apabila menerima kritikan daripada orang ramai, sedangkan kami tahu bahawa kami isudah melakukan yang terbaik untuk masyarakat, tetapi dilayan sebegini rupa."

Elaine menambah jururawat di hospital yang beliau bekerja, harus menyalin seragam masing-masing apabila pulang ke rumah dan tidak dibenarkan memakai seragam semasa di luar tempat kerja.

Seorang pelajar jururawat, yang ingin dikenali sebagai J, dan pernah menjalani latihan di hospital Tan Tock Seng berkata bahawa semua jururawat perlu memakai seragam mereka kecuali yang ditugaskan di klinik dan wad tertentu. Mereka , antara yang dibenarkan memakai seragam masing-masing di luar hospital. Yang lainnya harus menyalin ke pakaian masing-masing setelah tamat syif mereka.

Meskipun begitu, beliau tidak menyalahkan orang awam atas reaksi mereka.

"Semua orang takut sekarang ini. Saya boleh faham. Saya cuba berdiri jauh daripada mereka setiap kali saya berada dalam MRT, meskipun saya tahu risiko saya membawa virus itu amat rendah." 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan