Vietnam bakal peroleh 10 juta vaksin COVID-19 buatan Cuba
Cuba pada Isnin (20 Sep) menyatakan persetujuan untuk membekalkan 10 juta dos vaksin COVID-19 buatan negara itu, Abdala, kepada Vietnam.
Vaksin Abdala. (Gambar: AFP)
HAVANA: Cuba pada Isnin (20 Sep) menyatakan persetujuan untuk membekalkan 10 juta dos vaksin COVID-19 buatan negara itu, Abdala, kepada Vietnam.
Negara Asia itu sudahpun memberi kelulusan darurat bagi vaksin tersebut.
Satu perjanjian dimeterai antara kedua-dua negara sewaktu lawatan rasmi Presiden Nguyan Xuan Phuc ke negara komunis berkenaan, menurut pemerintahnya.
Perjanjian tersebut adalah bagi lima juta dos tetapi Vietnam sudahpun meluluskan pemerolehan 10 juta dos secara keseluruhannya, lapor media Cuba.
Pada Sabtu (18 Sep), Vietnam menjadi negara asing pertama untuk meluluskan penggunaan darurat bagi Abdala, yang sudahpun digunakan Cuba, selain Soberana 02, satu lagi vaksin yang dibuat oleh negara tersebut.
Venezuela pula memeterai kontrak untuk memperolehi 10 dos Abdala manakala Iran sedang menghasilkan Soberana 02 di bawah perjanjian tersebut.
Argentina dan Mexico juga sudah menyatakan minat untuk membeli vaksin-vaksin Cuba.
Minggu lau, Cuba menyatakan bahawa ia sedang dalam proses mendapatkan kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Abdala dan Soberana 02.
Vaksin-vaksin tersebut, yang kali pertama dibuat di Amerika Latin, masih belum menjalani semakan saintifik antarabangsa.
Namun, para saintis Cuba berkata suntikan-suntikan vaksin itu didapati lebih 90 peratus berkesan dalam mencegah kes-kes tidak bergejala COVID-19.
Vaksin-vaksin itu berasaskan teknologi protein rekombinan iaitu serupa dengan vaksin Novavax buatan Amerika Syarikat dan Sanofi dari Perancis.
Disekat Amerika sejak 1962, Cuba, sebuah negara komunis, mempunyai tradisi membuat vaksinnya sendiri, sejak 1980an.
Hampir 80 peratus daripada vaksin-vaksinnya dihasilkan secara tempatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.