Skip to main content

Iklan

Iklan

Victoria kerah tentera, kenakan denda lebih berat di bawah arahan pengasingan COVID-19

Victoria, negeri yang mempunyai penduduk kedua paling padat di Australia pada Selasa (4 Ogos) menyatakan bahawa kakitangan tentera akan dikerahkan untuk menguat kuasakan perintah pengasingan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Victoria kerah tentera, kenakan denda lebih berat di bawah arahan pengasingan COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Aug 2020 12:46PM Dikemas Kini : 04 Aug 2020 12:52PM

SYDNEY: Victoria, negeri yang mempunyai penduduk kedua paling padat di Australia pada Selasa (4 Ogos) menyatakan bahawa kakitangan tentera akan dikerahkan untuk menguat kuasakan perintah pengasingan COVID-19. Mereka yang didapati melanggar peraturan tersebut berdepan denda lebih tinggi.

500 kakitangan tentera akan dikerahkan ke negeri itu untuk memperketat penguat kuasaan arahan pengasingan, dengan denda hampir A$5,000 (S$4,899) dikenakan bagi sesiapa yang melanggar arahan duduk di rumah, menurut Ketua Menteri Victoria Daniel Andrews. Satu-satunya pengecualian adalah untuk mendapatkan rawatan perubatan kecemasan.

Minggu ini, Victoria menguat kuasakan perintah berkurung pada waktu malam, mengetatkan sekatan terhadap pergerakan harian orang ramai dan mengarahkan penutupan sebahagain besar ekonomi tempatan bagi memperlahankan penularan virus korona.

Bagaimanapun, hampir 30 peratus orang yang dijangkiti COVID-19 tidak mengasingkan diri di rumah apabila diperiksa oleh para pegawai, sekali gus memerlukan denda baru yang lebih tegas, menurut Encik Andrews.

"Tiada sebab langsung untuk anda meninggalkan rumah anda dan jika anda keluar rumah dan tidak ditemui di sana, anda akan menghadapi masa yang amat sukar untuk meyakinkan polis Victoria bahawa anda alasan anda dibenarkan di bawah undang-undang," menurut Encik Andrews kepada para wartawan di Melbourne.

Victoria pada Selasa melaporkan 439 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam. Encik Andrews berkata bahawa 11 orang sudah meninggal dunia akibat virus itu sejak Isnin.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan