Victoria catat jumlah tertinggi kes harian COVID-19 dalam seminggu
Wilayah Victoria, Australia, melaporkan peningkatan tertinggi pada jumlah kes tempatan COVID-19 dalam masa lebih seminggu pada Rabu (21 Jul) iaitu hari pertama sekatan pergerakan dilanjutkan bagi membendung penularan varian Delta yang amat mudah berjangkit.

(படம்: William West/AFP)
SYDNEY: Wilayah Victoria, Australia, melaporkan peningkatan tertinggi pada jumlah kes tempatan COVID-19 dalam masa lebih seminggu pada Rabu (21 Jul) iaitu hari pertama sekatan pergerakan dilanjutkan bagi membendung penularan varian Delta yang amat mudah berjangkit.
Sebanyak 22 kes tempatan dikesan di Victoria, meningkat daripada sembilan kes sehari sebelumnya. Semua kes baru berhubung kait dengan penularan sedia ada, menurut jabatan kesihatan wilayah.
Para pegawai Victoria pada Selasa memutuskan untuk melanjutkan arahan tegas supaya duduk di rumah selama lagi tujuh hari sehingga 27 Julai.
Penularan koronavirus terburuk di Australia mengheret dua bandarnya yang paling besar, Sydney dan Melbourne, ke sekatan pergerakan lebih ketat dengan hampir separuh daripada 25 juta penduduk dikenakan arahan duduk di rumah. Sydney, bandar paling teruk terjejas, dikenakan sekatan pergerakan selama lima minggu sehingga 30 Jul.
Melbourne, bandar kedua terbesar Australia dan ibu kota wilayah Victoria, menghabiskan sepertiga masa tahun lalu di bawah sekatan ketat sebagai tapak penularan awal negara itu. Sehingga kini, ia melaporkan 31,900 kes COVID-19 dan 915 kematian.
Australia Barat juga sedang bersiap siaga selepas kes keempat yang dilapokan berhubung kait dengan seorang pelawat luar negara semalam sedang para pegawai mengarahkan supaya kedai-kedai runcit tidak penting ditutup. Arahan itu selangkah sebelum mengeluarkan sekatan pergerakan penuh dalam usaha untuk mengekang lonjakan pada jumlah kes jangkitan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.