Skip to main content

Iklan

Iklan

Varian Omicron merebak ke 16 wilayah Amerika Syarikat

Varian baru COVID-19, Omicron, kini sudah merebak ke sepertiga atau 16 wilayah di Amerika Syarikat (AS), namun varian Delta masih kekal mendominasi jangkitan di seluruh negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Varian Omicron merebak ke 16 wilayah Amerika Syarikat

Orang ramai beratur untuk mendapatkan ujian COVID-19 di Times Square, Bandar New York, pada 5 Dis 2021. (Gambar: Spencer Platt/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 07:42AM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 07:50AM

WASHINGTON: Varian baru COVID-19, Omicron, kini sudah merebak ke sepertiga atau 16 wilayah di Amerika Syarikat (AS), namun varian Delta masih kekal mendominasi jangkitan di seluruh negara itu.

Menurut pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Dr Anthony Fauci pada Ahad, walaupun kemunculan varian baru itu menyebabkan kebimbangan di seluruh dunia, namun beliau melihat tiada laporan mengenai komplikasi yang teruk.

Ini jelasnya kerana masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan ia masih memerlukan banyak kajian dijalankan.

Tambah Fauci, yang merupakan Pengarah Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Negara AS, beliau berharap Amerika dapat menarik semula larangan kemasukan ke atas pelancong dari negara-negara di selatan Afrika.

Ini selepas pemerintah-pemerintah di selatan Afrika mendakwa tindakan sekatan itu seperti hukuman ke atas mereka yang sepatutnya dipuji kerana bertindak pantas untuk melaporkan penemuan varian baru itu.

Sekurang-kurangnya 16 wilayah melaporkan kes berkaitan varian Omicron, iaitu California, Colorado, Connecticut, Hawaii, Louisiana, Maryland, Massachusetts, Minnesota, Missouri, Nebraska, New Jersey, New York, Pennsylvania, Utah, Washington dan Wisconsin.

Kebanyakan kes melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin dengan simptom ringan, walaupun status dos penggalak mereka tidak dilaporkan.

Varian Delta masih menyumbang 99.9 peratus kes baru COVID-19 di AS.

Kes baru di AS mencecah 119,000 secara purata setiap hari dan hampir 1,300 nyawa menjadi korban disebabkan oleh wabak itu.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa