Skip to main content

Iklan

Iklan

Vaksin Pfizer berhasil cegah kemasukan ke hospital semasa penularan Omicron

Dua dos vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech nampaknya berhasil memberikan 70 peratus perlindungan daripada kemasukan ke hospital di Afrika Selatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menurut kajian utama dunia sebenar mengenai kesan Omicron pada hari ini (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin Pfizer berhasil cegah kemasukan ke hospital semasa penularan Omicron

Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. (Gambar fail: Christof Stache/AFP)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 08:18PM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 08:22PM

JOHANNESBURG: Dua dos vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech nampaknya berhasil memberikan 70 peratus perlindungan daripada kemasukan ke hospital di Afrika Selatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menurut kajian utama dunia sebenar mengenai kesan Omicron pada hari ini (14 Dis) sedang negara itu bergelut menangani lonjakan jumlah jangkitan yang dikaitkan dengan varian baru itu.

Kajian yang dijalankan oleh pentadbir insurans kesihatan privet terbesar di Afrika Selatan, Discovery Health, adalah berdasarkan lebih daripada 211,000 hasil positif ujian COVID-19 antara 15 November dengan 7 Disember, di mana sekitar 78,000 daripada kes-kes itu dikaitkan dengan varian Omicron.

Hasil ujian 78,000 kes tersebut tidak disahkan sebagai kes-kes jangkitan Omicron, yang bermakna kajian berkenaan tidak dapat membuat kesimpulan yang muktamad tentang varian yang disifatkan sebagai "membimbangkan" oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sejauh ini, para saintis dari Afrika Selatan sudah mengesahkan sekitar 550 penjujukan Omicron, dengan varian itu membentuk 78 peratus daripada penjujukan sejak November, jauh lebih tinggi berbanding varian Delta yang lebih dominan sebelum ini.

Afrika Selatan memberi amaran kepada seluruh dunia tentang kemunculan Omicron pada lewat bulan lalu, mencetuskan kebimbangan varian baru itu akan menyebabkan jumlah jangkitan akan kembali meningkat dan mendorong pemerintah dunia untuk menguatkuasakan sekatan-sekatan perjalanan ke atas para pelawat dari selatan Afrika.

Sejak itu, jumlah kes harian di Afrika Selatan sudah meningkat kepada sekitar 20,000 kes sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Berdasarkan analisis pasukan-pasukan kajian klinikal Discovery, dengan kerjasama Majlis Kajian Perubatan Afrika Selatan (SAMRC), kajian keadaan dunia sebenar itu mendapati dua dos Pfizer-BioNTech menawarkan 70 peratus perlindungan daripada kemasukan ke hospital semasa kes jangkitan kembali meningkat baru-baru ini dan 33 peratus perlindungan daripada jangkitan koronavirus.

Afrika Selatan sedang menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech dan Johnson & Johnson dalam kempen imunisasinya, dengan lebih 20 juta dos vaksin Pfizer sudah diberikan setakat ini.  

Sumber : CNA/NY/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan