Skip to main content

Iklan

Iklan

Unit Operasi Kritikal RSAF terus lindungi ruang udara S'pura sepanjang tempoh 'circuit breaker'

Unit Operasi Kritikal (COU) Tentera Udara Singapura (RSAF)  terus melindungi ruang udara negara ini sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sekarang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Unit Operasi Kritikal RSAF terus lindungi ruang udara S'pura sepanjang tempoh 'circuit breaker'

Kapten Dominic Lee, seorang juruterbang jet pejuang RSAF F-15SG. (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 20 Apr 2020 10:30PM Dikemas Kini : 20 Apr 2020 10:32PM

SINGAPURA: Unit Operasi Kritikal (COU) Tentera Udara Singapura (RSAF) terus melindungi ruang udara negara ini sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sekarang.

Seperti para anggota perkhidmatan yang menjalankan operasi kritikal mereka membantu untuk mengekalkan kesediaan operasi bagi mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Unit RSAF itu merangkumi para juruterbang jet pejuang,askar-askar pertahanan udara atau G - BAD serta kakitangan penyenggaraan.

Askar-askar yang bertugas perlu memastikan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang dipertingkat.

Mereka diasingkan sebelum dan sesudah menjalankan tugas, serta mengelakkan pertemuan antara satu sama lain, ketika bertukar giliran kerja.

Angkatan Tentera Singapura (SAF) dan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) masing-masing juga ada unit-unit COU yang menjalankan tugas-tugas penting. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan