Skip to main content

Umat Islam M'sia digalak lakukan solat hajat serentak selepas solat Zohor pada Jumaat

Umat Islam di Malaysia dianjurkan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara esok selepas solat Zohor di rumah masing-masing untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam M'sia digalak lakukan solat hajat serentak selepas solat Zohor pada Jumaat

Sepasang penduduk di Kuala Lumpur, Malaysia memakai pelitup muka pada 9 Mac 2020 di tengah penularan COVID-19 (Gambar: REUTERS/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 07:35PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 07:38PM

PUTRAJAYA: Umat Islam di Malaysia dianjurkan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara esok selepas solat Zohor di rumah masing-masing untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini (26 Mac) telah menitahkan kepada beliau agar memberikan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara.

"Berdasarkan taakulan saya, dengan ilham daripadanya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada hari Jumaat, 27 Mac bersamaan 3 Syaaban 1441H selepas solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Zulkifli menyeru umat Islam untuk memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepadaNya. 

"Kepada Allah jua kita berserah," katanya.

Malaysia kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April sebagai usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita