Skip to main content

UK catat rekod baru dengan lebih 50,000 kes COVID-19

Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock dijangka mengumumkan perubahan tahap sekatan pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
UK catat rekod baru dengan lebih 50,000 kes COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Dec 2020 01:26PM Dikemas Kini : 30 Dec 2020 01:27PM

LONDON: Britain buat pertama kali merekodkan lebih 50,000 kes COVID-19 dalam masa 24 jam sejak wabak itu merebak di seluruh dunia, menurut angka rasmi dikeluarkan pada Selasa (29 Dis).

Seramai 53,135 lagi penduduk Britain diuji positif virus itu, menunjukkan peningkatan baharu setiap hari.

Jumlah kes di negara itu kini sebanyak 2,382,865, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, seramai 414 lagi meninggal dunia dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah kematian sebanyak 71,567.

Seorang saintis pada Selasa memberi amaran kepada kerajaan Britain bahawa langkah pencegahan lebih ketat mesti dilaksanakan untuk mengelak "malapetaka" pada tahun baru.

Britain "memasuki fasa baharu pandemik yang sangat berbahaya" disebabkan penularan varian baharu, kata anggota Kumpulan Penasihat Ancaman Kemunculan Virus Baharu (NERVTAG), Profesor Andrew Hayward.

"Kita memerlukan tindakan pencegahan awal dan ketat, untuk mencegah bencana lebih buruk pada Januari dan Februari," katanya kepada program Radio 4 BBC.

"Tahap sekatan sebelum ini tidak mampu berfungsi lagi, sekatan Tahap Empat mungkin diperlukan, atau mungkin lebih daripada itu"

Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock dijangka mengumumkan perubahan tahap sekatan pada Rabu. 

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita