Ujian wajib kedua COVID-19 bagi penduduk Blk 556 Ang Mo Kio Ave 10
Para penduduk Blok 556 Ang Mo Kio Avenue 10 perlu menjalani ujian wajib COVID-19 untuk kali kedua dalam seminggu, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (7 Ogos).
SINGAPURA: Para penduduk Blok 556 Ang Mo Kio Avenue 10 perlu menjalani ujian wajib COVID-19 untuk kali kedua dalam seminggu, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (7 Ogos).
Dalam kenyataan medianya, MOH menyatakan bahawa ia "memantau situasi tempatan dengan teliti dan membendung kes jangkitan dalam masyarakat menerusi pengesanan kontak, ujian dan kuarantin".
Sejak ujian pemantauan masyarakat yang terakhir dijalankan ke atas blok tersebut pada 1 Ogos, terdapat kes-kes baru COVID-19 di blok itu.
MOH menyatakan ia akan menjalankan ujian wajib COVID-19 "untuk mengesan kes-kes yang masih dalam tempoh inkubasi sewaktu pusingan pertama ujian dijalankan dan untuk mencegah penularan lanjut dalam masyarakat".
"Ujian tidak diwajibkan bagi mereka yang diuji negatif COVID-19 mulai 5 Ogos dan seterusnya," tambah kementerian itu.
Ujian wajib akan dijalankan pada Ahad (8 Ogos) dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dari 1.00 tengah hari hingga 4.00 petang di pusat-pusat ujian daerah di bekas tapak Sekolah Rendah Da Qiao yang terletak di 8 Ang Mo Kio Street 54.
Menurut MOH, semua penduduk dikehendaki membawa kad pengenalan NRIC untuk tujuan pengenalan diri dan diingatkan supaya menjaga jadual janji temu mereka.
Risalah-risalah sudahpun diagihkan dan makluman menerusi SMS sudahpun dikirimkan kepada para penduduk lebih banyak maklumat lanjut kepada mereka.
"Mereka yang masih menantikan hasil ujian dinasihatkan supaya mengurangkan interaksi sosial sebanyak mungkin. Mereka harus terus memantau kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan perubatan jika berasa kurang sihat," menurut MOH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.