Ujian wajib COVID-19 untuk penduduk, pekerja di 4 blok Henderson Crescent, Lengkok Bahru
Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan berlakunya penularan COVID-19 di Henderson Crescent serta Lengkok Bahru dan akan menjalankan ujian wajib untuk para penduduk dan kakitangan kedai-kedai di situ.

Lengkok Bahru dan Henderson Crescent. (Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan berlakunya penularan COVID-19 di Henderson Crescent serta Lengkok Bahru dan akan menjalankan ujian wajib untuk para penduduk dan kakitangan kedai-kedai di situ.
Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (27 Jun) menyatakan bahawa empat kes jangkitan koronavirus dikesan dalam tiga keluarga di 103 Henderson Crescent.
Serpihan virus COVID-19 juga dikesan dalam sampel-sampel air kumbahan dari 55,56 dan 57 Lengkok Bahru.
MOH juga menyatakan bahawa siasatan-siasatan epidemiologi sedang dijalankan untuk mengenal pasti hubung kait dan punca penularan.
103 HENDERSON CRESCENT
MOH akan menjalankan ujian-ujian wajib COVID-19 untuk semua penduduk 103 Henderson Crescent.
Ia akan dijalankan di 104B Henderson Crescent pada Isnin (28 Jun) dan Selasa (29 Jun) antara 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Ujian tersebut tidak diwajibkan bagi mereka yang diuji negatif COVID-19 sejak dari 23 Jun.
MOH akan menjalankan ujian secara sukarela buat para pengunjung dan mereka yang berinteraksi dengan para penduduk 103 Henderson Crescent antara 7 Jun hingga 26 Jun.
Ujian akan dijalankan secara janji temu sahaja di pusat-pusat pemeriksaan daerah yang dikhususkan pada Isnin dan Selasa serta di 104B Henderson Crescent pada Selasa antara 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Mereka yang mahu membuat tempahan janji temu atau memerlukan maklumat tentang lokasi-lokasi ujian lain boleh melungsuri https://go.gov.sg/103-hc-covid-19-testing, atau menelefon 1800 333 9999.
55, 56 DAN 57 LENGKOK BAHRU
MOH akan menjalankan ujian wajib COVID-19 untuk semua penduduk dan pekerja di kedai-kedai di 55, 56 dan 57 Lengkok Bahru.
Ia akan diadakan di kolong blok 53 Lengkok Bahru pada Isnin dan Selasa antara 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Ujian itu tidak diwajibkan ke atas mereka yang diuji negatif COVID-19 sejak dari 23 Jun.
MOH juga akan menjalankan ujian secara sukarela untuk para pengunjung dan mereka yang berinteraksi bersama penduduk serta pemilik dan kakitangan kedai-kedai di ketiga-tiga blok itu antara 12 Jun hingga 26 Jun.
Ujian-ujian akan dijalankan secara janji temu sahaja di pusat-pusat pemantauan daerah yang dikhususkan pada Isnin dan Selasa di kolong blok 53 Lengkok Bahru pada Rabu (30 Jun) antara 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Mereka yang mahu membuat janji temu atau memerlukan maklumat tentang lokasi-lokasi ujian yang lain boleh melungsuri https://go.gov.sg/55-57-lb-covid-19-testing.
Semua penduduk harus membawa kad pengenalan masing-masing untuk menjalani ujian-ujian itu.
"Para penduduk juga dinasihati memantau kesihatan mereka dengan teliti dan mendapatkan rawatan doktor dengan segera jika berasa kurang sihat," nasihat MOH.
"Mereka yang sedang menantikan hasil ujian dinasihati mengurangkan interaksi sosial sebanyak mungkin."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.