Skip to main content

Iklan

Iklan

Ujian baru COVID-19 dihasilkan di S'pura kesan jangkitan lalu dalam sejam

Satu ujian COVID-19 baru yang boleh menilai dengan pantas sekiranya seseorang dijangkiti virus korona kini tersedia di hospital-hospital Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 May 2020 03:09PM Dikemas Kini : 16 May 2020 01:04AM

SINGAPURA: Satu ujian COVID-19 baru yang boleh menilai dengan pantas sekiranya seseorang pernah dijangkiti virus korona kini tersedia di hospital-hospital Singapura.

Dilancarkan pada Jumaat (15 Mei), ujian serologi cPass mengesan antibodi yang terbentuk oleh tubuh untuk melawan jangkitan - di dalam darah atau serum pesakit.

Ia tidak digunakan untuk memeriksa jangkitan aktif. Matlamat utamanya adalah, untuk pengesanan hubungan, mengesan kes tanpa gejala dan menilai
kekebalan berkelompok. Ujian serologi sedemikian telah digunakan di Singapura untuk pengesanan hubungan.

Apa yang berbeza mengenai ujian baru yang dihasilkan oleh Sekolah Perubatan Duke-NUS adalah ia memberikan keputusan dalam masa sejam saja dan bukan setelah berhari-hari, iaitu pertama seumpamanya di dunia.

Ujian itu mengesan kewujudan antibodi peneutralan, yang boleh menghalang virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19.

Dalam erti kata lain, ia adalah satu penanda kekebalan terhadap virus tersebut.

Selain daripada keputusan yang cepat, kelebihan lain ujian serologi cPass adalah ia selamat dan boleh memenuhi permintaan yang tinggi.

Ujian sedia ada bagi antibodi peneutralan memerlukan virus yang hidup dan bahan sel, yang diproses oleh pengendali berkemahiran tinggi di kemudahan pembendungan bio. Dengan menggunakan kejuruteraan protein, ujian baru itu mereplikakan sebahagian virus itu dan bahagian sel yang hidup yang terhubung bersama.

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa