Uji minda anda teka peribahasa menerusi 'filter' interaktif Instagram ini
SINGAPURA: Umum tahu jika digunakan dengan betul, banyak manfaat yang boleh diraih menerusi media sosial.
Antaranya, untuk menguji minda tentang peribahasa.
Sekumpulan mahasiwa dari Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) Universiti Nasional Singapura (NUS) mencipta 'filter' interaktif untuk wadah Instagram.
Ia bertujuan menggalak pembelajaran dan penggunaan peribahasa.
'Filter' itu juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah menengah dan institut pengajian tinggi semasa program Bisikan Pena 2021, yang diadakan buat julung-julung kalinya oleh PBMUKS.
Ia kemudian menjadi popular setelah seorang pempengaruh dari Malaysia, @azfarheri, menggunakannya!
VIDEO HARUS DITONTON
BERITA (9 Mac) | SG hargai hubungan dan bantuan Qatar
Konflik yang berpanjangan di Timur Tengah akan menimbulkan risiko yang serius bukan sahaja terhadap rantau itu sendiri tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa yang lebih luas, kata Amir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani kepada Perdana Menteri Lawrence Wong semasa kedua-dua pemimpin berbincang melalui panggilan telefon pada 8 Mac 2026. #BERITAMediacorp #Qatar #Singapura #TimurTengah