Tarian 'Bangkit SemangatKu' galak masyarakat berdiri teguh, cekal capai aspirasi
SINGAPURA: Video berjudul 'Bangkit SemangatKu' cetusan ilham para penuntut Politeknik Temasek ini bertujuan untuk membangkitkan semangat dan menggalak anggota masyarakat supaya berdiri teguh, tabah dan capai aspirasi mereka tidak kira sejauh mana mustahil sekalipun.
Lagu latar dendangan penyanyi, Alif Satar, mencetuskan inspirasi menerusi mesej, rentak dan melodi dinamik, sekali gus memberi harapan.
Bait-bait lirik lagu latar dendangan penyanyi, Alif Satar - iaitu “Ku hela nafasku di antara deras arus” and “Bangkit menggapai bintang di angkasa merentasi jalur ruang dan masa” mencetuskan inspirasi. Mesej, rentak dan melodi yang dinamik, sekali gus memberi sinar harapan.
"Kami berharap agar masyarakat menyedari bahawa mereka tidak pernah sendirian. Akan sentiasa ada rakan/keluarga yang menyokong mereka semasa mereka berada di bawah dan bersorak apabila mereka berjaya.
"Maka mereka harus terus cekal bukan hanya untuk diri mereka tetapi juga untuk yang menyokong mereka," menurut para penuntut Politeknik Temasek, mengenai tarian mereka.
Untuk mendedahkan lebih ramai orang kepada tarian Melayu, para penuntut Melayu Politeknik Temasek juga memulakan cabaran Instagram #sntbangkitchallenge. Untuk menyertai dan menonton video-video yang menyahut cabaran itu, anda boleh ke Instagram @keseniansianaktari.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 13 Jan 2025
- 12 pesawat yang sepatutnya mendarat di Singapura terpaksa dilencongkan ekoran cuaca buruk hujung minggu lalu. - Langkah baharu diumumkan semasa pembukaan tahun perundangan 2025, dengan tujuan untuk mengurus kes kesalahan seksual dengan lebih baik. - Sekitar 1,000 pekerja sektor kejuruteraan jitu berpeluang meningkatkan kemahiran mereka di bawah program baharu yang diterajui ST Engineering. - Kesemua 8 anak kapal Silver Sincere yang berdaftar di Malaysia, berjaya diselamatkan selepas karam di perairan berhampiran Pedra Branca. - Mulai 14 Jan, keluarga bergaji rendah yang layak boleh membuat permohonan bagi baucar pengangkutan awam (PTV) bernilai S$60.