SGKini | 9 Jan 2025
- Tiga lelaki ditahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) kerana jadi radikal dan mahu menyertai keganasan bersenjata.
- ISD mengumumkan bahawa empat warga Singapura yang sebelum ini ditahan, kini menunjukkan kemajuan dalam proses pemulihan.
- Dua orang maut dalam kebakaran satu flat di Hougang.
- Hujan lebat, angin kencang dan banjir dijangka melanda Singapura dalam tempoh empat hari ini.
- Politeknik tempatan kini giat meneroka pelbagai inisiatif untuk melahirkan graduan yang lebih berdaya saing.
VIDEO HARUS DITONTON
KitorangSG EP 7: Ustaz Ruknuddin
Ruqyah ialah satu amalan Islam yang melibatkan pembacaan ayat-ayat Qur’an tertentu dan doa-doa dengan niat untuk mendapatkan perlindungan, penyembuhan atau kelegaan daripada gangguan bersifat ghaib. Secara khusus, ia boleh digunakan untuk gangguan dari segi ilmu hitam, sihir atau kerasukan jin. Kadangkala dalam dunai mistik ini sukar membezakan apa yang betul dan apa pula yang salah. KitorangSG berbual bersama Ustaz Ruknuddin Zainor, pengasas Ruqyah.SG untuk mendapatkan pencerahan beliau.