SGKini | 31 Jan 2025
- Sekitar 70% remaja dan ibu bapa tempatan yang ditinjau setuju, syarikat media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap bahaya online.
- Di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan ekonomi yang tidak menentu, sektor pengilangan SG optimis namun tetap berhati-hati bagi suku pertama 2025.
- SM Lee gesa masyarakat Cina supaya bekerjasama dengan pemerintah, untuk memperkukuh fabrik sosial, memandangkan peranan penting mereka dalam masyarakat berbilang kaum SG.
- DPM Heng berkata, SG & Jerman harus belajar antara satu sama lain, serta memperdalam perkongsian untuk membina kekuatan masing-masing.
- CCCS beri lampu hijau kepada usaha sama yang diperluas antara SIA dengan Lufthansa.
- Peraturan pengendalian dron akan dilonggarkan agar para pengguna boleh miliki dron lebih berat serta menerbangkannya lebih tinggi.
- SG sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pilihan sukan di daerah gaya hidup berhampiran pusat bandar, contohnya kawasan Dempsey.
- Pasukan tenis Team SG mara ke peringkat akhir Piala Undangan Tenis SG dan berentap dengan Indonesia untuk dinobat juara di Hab Tenis Kallang.
VIDEO HARUS DITONTON
Fort Siloso dibuka hingga malam bagi peringati 83 tahun sejak SG gugur ke tangan Jepun
Fort Siloso di Sentosa akan dibuka sehingga malam hari bagi memperingati ulang tahun ke-83 jatuhnya Singapura ke tangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.