SGKini | 30 Dis 2024
- Anda boleh jangkakan bil api air lebih rendah pada suku pertama 2025, ekoran kos tenaga lebih murah. Semua penghuni flat HDB juga bakal terima rebat U-save dan S&CC Januari ini.
- Keluarga bergaji rendah akan menikmati lebih banyak diskaun semasa membeli barang dapur di pasar raya FairPrice dan Unity bagi dua bulan akan datang.
- Lebih banyak undang-undang akan dipinda agar mahkamah tempatan boleh hukum pesalah-pesalah muda yang melakukan jenayah serius.
- Permintaan bagi mereka yang pakar dalam bidang IT dijangka kekal tinggi, sedang SG melabur dalam sektor teknologi berat, ditambah perkembangan pesat sektor infokom.
- Buat julung-julung kalinya, beberapa pelajar sekolah menengah berjaya menghasilkan sebuah satelit nano, yang akan dilancarkan ke angkasa lepas pada Mac depan.
- Menteri MCCY Edwin Tong puji semangat perjuangan pasukan SG dan berasa sangat bangga dengan prestasi para pemain walaupun kecundang di tangan Vietnam.
VIDEO HARUS DITONTON
Liputan Wartawan (11 Jul) | MENDAKI lancar 3 Rangkaian Karyawan baharu
Menurut MENDAKI, tiga rangkaian baharu ini bertujuan menghimpunkan para profesional bagi meningkatkan hasil pendidikan, memupuk inovasi dan keusahawanan serta menyokong pembangunan dan aspirasi atlet.