SGKini | 29 Nov 2024
- Mulai Januari depan, lebih 75 peratus isi rumah - termasuk sesetengah yang tinggal di rumah privet - akan terus layak terima bantuan sosial.
- Semua isi rumah akan menerima rebat cukai hartanah sekali sahaja ke atas rumah yang mereka didiami.
- Pembinaan depoh bersepadu 'empat dalam satu' di negara ini, iaitu yang pertama seumpamanya di dunia, dijangka selesai menjelang 2026.
- Kerja menyambungkan landasan Sistem Gerak Cepat Singapura-Johor (RTS) dengan rangkaian MRT Singapura akan dijalankan tahun depan.
- Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata negara-negara tidak seharusnya terpengaruh dengan pergolakan segera ^dalam politik Amerika Syarikat.
-
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 04 Dis 2024
- Langkah-langkah baharu bakal berkuat kuasa mulai Januari depan untuk menambah baik khidmat teksi dan kereta sewa privet. -Satu program perintis diperkenalkan untuk membantu golongan muda dapatkan bimbingan kerjaya daripada pakar industri. -Sekitar 1,200 pekerjaan berkemahiran tinggi bakal dicipta di SG apabila kilang pembuatan wafer yang baharu milik VSMC siap dibina pada 2027. - PAP umumkan pelantikan Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang ke-38, dengan Lawrence Wong secara rasmi dipilih sebagai Setiausaha Agung parti. - Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan pertama bulan Dis, dengan premium motosikal merosot ke paras terendah sejak Mei tahun lalu. - Kemahiran dalam teknologi terbaru yang digunakan dalam filem pecah panggung Hollywood akan disertakan dalam rangka kerja kemahiran yang diperbaharui bagi industri media.