Skip to main content

SGKini | 28 Okt 2024

28 Oct 2024 08:52pm

- Rakyat Singapura mungkin boleh mendapatkan suntikan vaksin bagi selesema di farmasi runcit sahaja - bukan hanya di klinik dan poliklinik.

- Penguasa Kewangan Singapura (MAS) meramalkan, ekonomi Singapura tahun depan akan berkembang pada rentak yang agak serupa seperti mana yang disaksikan tahun ini.

- Singapura akan menyuntik tambahan S$440 juta kepada sebuah skim untuk membantu pengembangan syarikat-syarikat teknologi mendalam ^atau 'deep tech'.

- Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata kajian menunjukkan bahawa syarikat-syarikat dengan barisan anggota lembaga yang rencam mencatat prestasi lebih baik dari segi kewangan, lebih berinovasi dan mampu menguruskan risiko dengan lebih baik.

- Seorang lelaki yang didakwa atas tuduhan membunuh seorang sukarelawan akar umbi berusia 41 tahun di Clement dibawa ke tempat kejadian oleh polis. Jika bersabit bersalah, Toh Chee Hong, 50 tahun, menghadapi hukuman mati.

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan memulihara enam bangunan lama di tapak lokasi Akademi Polis Lama (OPA).

- Lebih 450 perenang dari 38 negara akan berentap dalam Piala Dunia Renang Akuatik bermula Khamis ini.